Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
183) VAKSINASI ORANG ASLI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah dan peratusan kanak-kanak Orang Asli di Selangor yang telah mendapat vaksinasi mandatori untuk penyakit seperti (a) campak (b) polio (c) dipthteria (c) dan lain-lain.
Berapa jumlah dan peratusan kanak-kanak Orang Asli di Selangor yang telah mendapat vaksinasi mandatori untuk penyakit seperti a)Campak b)Polio c)Difteria dan lain-lain:
Jawapan : Bilangan kanak-kanak Orang Asli di Selangor yang telah mendapat vaksinasi bagi tahun 2018 adalah seperti berikut :
Daerah Anggaran Kelahiran Hidup
BCG DTaP/IPV/HiB Dos 3
MMR 9 Bulan
Hep B Dos 3
Bil % Bil % Bil % Bil % Petaling 29 25 100 25 86 24 83 33 100 Hulu Langat 66 63 100 76 100 72 100 70 100 Gombak 85 68 100 71 84 69 81 66 78 Klang 12 13 100 14 100 7 54 6 50 Kuala Langat 107 105 100 110 100 99 93 95 89 Hulu Selangor 106 99 100 110 100 119 100 102 96 Sepang 40 45 100 59 100 59 100 56 100 Selangor 419 418 100 443 100 449 100 428 100 Daerah Anggaran Kanak-Kanak Berumur 1-2 Tahun MMR 12 Bulan Bil % Petaling 30 36 100 Hulu Langat 67 64 96 Gombak 82 77 94 Klang 12 11 92 Kuala Langat 108 97 90 Hulu Selangor 138 100 72 Sepang 54 76 100 Selangor 455 461 100 *Terdapat kawasan di mana bilangan yang disuntik adalah melebihi dari bilangan kanak-kanak kerana terdapat pergerakan kanak-kanak orang asli pergi ke kawasan lain dan mendapat suntikan di kawasan tersebut(kes tumpang).
*BCG (Bacillus Calmetter-Guerin)
*Difteria/Polio/Pertussis/Hemophilus Influenza Type B (DtaP/IPV/Hib Dos 3)
*Campak/Beguk/Rubella (Measles/Mumps/Rubella (MMR)
*Hepatitis B
-
Berapa jumlah dan peratusan Orang Asli dewasa yang telah mendapat vaksinasi seperti yang diatas?
Buat masa ini, pemberian vaksinasi di atas tidak dipantau bagi orang dewasa. Walaubagaimanapun, pemantauan dilakukan bagi pengambilan imunisasi ATT (attenuated tetanus toxoid) bagi pencegahan penyakit kancing gigi (tetanus) ibu hamil di kalangan orang dewasa. Pada 2018 sebanyak 344 orang (84%) ibu hamil di kalangan Orang Asli di Selangor telah menerima suntikan imunisasi ATT. Antara faktor penyumbang kepada peratusan yang rendah dalam pengambilan suntikan imunisasi ATT adalah kerana berlaku keciciran pengambilan imunisasi di kalangan ibu hamil orang asli yang kerap berpindah randah .
Selain itu, terdapat juga kes ibu hamil yang keguguran sebelum menerima suntikan ATT menyebabkan pengurangan peratusan pengambilan suntikan ATT. Pemberian imunisasi dipantau melalui pelaksanaan personalise care di mana anggota jururawat kesihatan yang sama akan menjaga satu kawasan operasi. Pelaksanaan sistem ini akan membantu dalam mengukuhkan pemberian imunisasi di mana sebarang kes cicir akan dijalankan pengesanan kes cicir secara lawatan rumah oleh anggota jururawat yang mejaga kawasan tersebut.
Di samping itu, langkah mengawal keciciran adalah membuat pengesanan dan pemantauan keciciran yang lebih teliti serta bekerjasama dengan Tok Batin/Ketua Kampung bagi mengesan kes keciciran tersebut terutama bagi kes yang tiada di rumah semasa lawatan dilakukan.