Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
223) VAKSIN REMAJA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah vaksin komuniti diperuntukkan bagi tujuan vaksin remaja 12 tahun dan ke atas?
Peruntukan vaksin bagi program vaksinasi remaja 12 tahun dan ke atas diturunkan secara mingguan. Agihan yang dibuat oleh KKM adalah berdasarkan shipment dan mengikut keperluan setiap negeri. Setakat ini, peruntukan yang diterima oleh negeri Selangor adalah mencukupi. Vaksin yang diterima bagi negeri Selangor adalah vaksin Comirnaty (Pfizer), Coronavac (Sinovac), Astra Zeneca dan juga Cansino.
Maklumat tambahan
a) Bagi meningkatkan usaha imunisasi warga Selangor, pengenalan Program Vaksin Selangor (SelVAX) merupakan langkah yang tepat diambil oleh Kerajaan Negeri. Pelaksanaan SelVAX yang membantu mempercepat kadar imunisasi telah membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baharu. Melalui SelVAX, golongan pekerja industri akan diberikan vaksinasi melalui SelVAX Industri manakala komuniti setempat akan menerima manfaat melalui SelVAX Komuniti. Selaras dengan kelulusan penggunaan vaksin Sinovac bagi golongan remaja, Kerajaan Negeri telah melancarkan SelVAX Komuniti (Remaja) pada 9 Oktober 2021 yang menyasarkan pelajar di Selangor yang berumur di antara 12 hingga 17 tahun dengan sejumlah 150,000 dos vaksin diperuntukan bagi tujuan ini.