Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

218) VAKSIN KEPADA PELAJAR SEKOLAH

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah pelajar sekolah berumur 13-17 tahun yang telah divaksin di selangor?

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa peka dan mengambil berat terhadap situasi pandemik COVID-19 masa kini terhadap semua murid sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) juga sentiasa berusaha bersama kementerian lain khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan kadar vaksinasi di kalangan murid sekolah demi menjamin keselamatan serta kesihatan murid. Sehingga 9 November 2021 jumlah murid yang telah divaksinasi adalah seperti berikut:

     

    ANALISIS VAKSINASI MURID PADA 9 NOVEMBER  2021
    UMUR BIL MURID DOS1 DOS1 (%) DOS 2 DOS2 (%)
    13 TAHUN 76861 72602 94.5 50151 65.2
    14 TAHUN 73724 70253 95.3 48055 65.2
    15 TAHUN 72082 69138 95.9 48314 67.0
    16 TAHUN 68025 66082 97.1 63618 93.5
    17 TAHUN 67932 66548 98.0 64608 95.1
    JUMLAH

     

    35,8624 34,4623 96.1 274746 76.6

     

     

     

     

     

  2. Jikalau terdapat sekolah yang ditutup akibat kluster COVID-19, apakah inisiatif yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu pelajar-pelajar dan warga sekolah yang terlibat?

    Inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri apabila sekolah ditutup akibat kluster Covid-19 antaranya melalui aspek pembelajaran. Inisiatif yang telah disediakan ialah modul pembelajaran Tuisyen Rakyat Selangor dan kemudahan data bantuan simkad percuma melalui program Data Internet Selangor (DIS) yang dilaksanakan di bawah program tanggung jawab koporat Menteri Besar Incorporated (MBI).

Lampiran

Tiada Lampiran.