Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

126) VAKSIN

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik pusat pemberian vaksin di Selangor mengikut daerah bagi tahun 2021?

    Kerajaan Negeri menyedari bahawa kepadatan penduduk di Negeri Selangor adalah antara punca peningkatan kes harian Covid-19. Justeru itu, langkah memastikan kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini mencukupi adalah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama agensi dan jabatan termasuk di peringkat Persekutuan dalam memastikan perkara ini dapat di realisasikan.

    PPV di Negeri Selangor diunjurkan mempunyai kapasiti yang mencukupi selaras dengan jadual penghantaran bekalan vaksin. Jumlah keseluruhan kapasiti sehari bagi Negeri Selangor adalah 167,955 dan melibatkan sebanyak 467 PPV.  Senarai PPV mengikut daerah di Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    Bil. Daerah Kapasiti / Hari Jumlah PPV
    1. Gombak 11,060 58
    2. Hulu Langat 40,974 83
    3. Hulu Selangor 4,442 11
    4. Klang 23,046 65
    5. Kuala Langat 8,120 18
    6. Kuala Selangor 10,382 18
    7. Petaling 54,498 171
    8. Sabak Bernam 3,972 11
    9. Sepang 11,461 32
    JUMLAH 167,955 467
  2. Nyatakan usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi usaha ke arah pemberian vaksin secara bergerak atau pandu lalu mengikut daerah?

    Kerajaan Negeri melalui SELGATE Healthcare Sdn. Bhd. dalam pertimbangan dan perancangan dalam usaha ke arah pemberian vaksin secara bergerak tertakluk kepada keperluan dan situasi semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.