Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

379) UTILITI AIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos keseluruhan dan jumlah panjang paip yang diperlukan untuk menukar semua paip-paip lama Air Selangor mengikut daerah di Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Jumlah keseluruhan panjang paip di bawah seliaan Air Selangor adalah lebih daripada 31,000km. Pada tahun 2016, Air Selangor telah mengenal pasti bahawa terdapat lebih daripada 6,000km paip usang jenis simen asbestos yang perlu diganti. Setelah projek penggantian paip dilaksanakan setiap tahun, masih terdapat baki 5,400km paip usang yang perlu diganti oleh Air Selangor.

    Bermula dari 2024, Air Selangor meningkatkan jumlah penggantian paip usang daripada 150km setahun sebelum ini kepada 300km setahun, di mana tempoh keseluruhan dianggarkan akan mengambil masa selama 18 tahun untuk disiapkan.

    Anggaran kos yang telah diperuntukkan bagi 300 km pada tahun 2024 adalah lebih daripada RM500 juta, dan dijangka akan meningkat pada masa akan datang.

  2. Bilakah cadangan-cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menggantikan paip lama dengan paip yang baru mengikut kawasan daerah di Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

     

    Jumlah keseluruhan panjang paip di bawah seliaan Air Selangor adalah lebih daripada 31,000km. Pada tahun 2016, Air Selangor telah mengenal pasti bahawa terdapat lebih daripada 6,000km paip usang jenis simen asbestos yang perlu diganti. Setelah projek penggantian paip dilaksanakan setiap tahun, masih terdapat baki 5,400km paip usang yang perlu diganti oleh Air Selangor.

    Bermula dari 2024, Air Selangor meningkatkan jumlah penggantian paip usang daripada 150km setahun sebelum ini kepada 300km setahun, di mana tempoh keseluruhan dianggarkan akan mengambil masa selama 18 tahun untuk disiapkan.

    Anggaran kos yang telah diperuntukkan bagi 300 km pada tahun 2024 adalah lebih daripada RM500 juta, dan dijangka akan meningkat pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.