Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

168) USUL ADUN BARISAN NASIONAL SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci semua usul ADUN BN Selangor ke dalam Dewan Undangan Negeri dari 2013-2017.

    Usul ADUN BN Selangor adalah seperti di Lampiran

    LAMPIRAN A

    USUL-USUL YANG TELAH DI BAWA KE DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2014 MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN) PENGGAL KEDUA DNS KE-13

    Usul

    No.

    Pengusul Usul Tarikh Lulus

    Dewan

      Usul di bawah Peraturan Tetap 17(1) “Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa YAB Dato’ Menteri Besar Selangor mengambil tindakan segera bagi menamatkan pencatuan air dan membekalkan semula air kepada semua pengguna-pengguna di seluruh negeri Selangor, Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan serta kawasan-kawasan yang terlibat, sehingga menyebabkan kesusahan , kepayahan dan penderitaan rakyat dalam mengharungi kehidupan harian mereka.

     

    Perkara ini tertentu:

     

    ·         Berhubung dengan langkah pencatuan air yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di kalangan pengguna atau rakyat di negeri Selangor, Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan serta kawasan-kawasan terlibat.

     

    Perkara ini berkehendak disegerakan:

     

    ·         Perlu disegerakan kerana tindakan pencatuan ini telah lama berlaku serta perlu dihentikan segera dan air perlu kembali disalurkan kepada rakyat

     

    Perkara ini berkepentingan orang ramai:

     

    ·         Perkara ini berkepentingan orang ramai kerana pencatuan air melibatkan ramai rakyat di negeri Selangor, Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan serta kawasan-kawasan terlibat sehingga kekurangan bekalan air telah menyebabkan kesusahan, kepayahan dan penderitaan rakyat dalam mengharungi kehidupan harian mereka.

    Usul ini

    TIDAK

    dipersetujui.

    oleh Yang  
    Berhormat  
    Sungai Burong.  
    Menangguhkan  
    Mesyuarat Bagi  
    Perkara  
    Tertentu  
    Berkenaan  
    Kepentingan  
    Orang Ramai  
    Yang  
    Berkehendak  
    Disegerakan.  

     

     

    Usul

    No.

    Pengusul Usul Tarikh Lulus

    Dewan

    8 Y.B. ADN Sungai Panjang

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26

    “Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan negeri mengambil satu pendirian terhadap tindakan Gabungan NGO Malaysia – Coalition of Malaysian NGOs (COMANGO) untuk Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR), yang mengemukakan laporan mengandungi unsur-unsur tidak wajar dalam konteks Malaysia atas nama “hak-hak asasi manusia” sewaktu sesi UPR tersebut pada bulan Oktober 2013 di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva, Switzerland.” Usul ini TIDAK

    dipersetujui.

     

     

    MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DNS KE-13

     

    Usul

    No.

    Pengusul Usul Tarikh Lulus

    Dewan

    26 Y.B. ADN Jeram Usul di bawah Peraturan Tetap 26 “Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar menyiasat dan menghentikan serta-merta sebarang projek pembangunan yang dilaksanakan tanpa Kebenaran Merancang. Ini amat penting kerana pembangunan yang tidak terancang dan terkawal boleh menyebabkan masalah banjir kilat, hakisan dan tanah runtuh yang membahayakan keselamatan rakyat.” 18 Jun 2014
    27 Y.B. ADN Sungai Panjang

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26

    “Bahawa Dewan yang mulia ini atas dasar negeri berkebajikan, menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor mengkaji dan menyediakan laporan terperinci berkenaan faktor-faktor kenaikan harga rumah dan peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat berpendapatan sederhana juga mampu memiliki rumah sendiri.” Usul                     ini

    TIDAK

    dipersetujui.

     

     

    MESYUARAT KETIGA PENGGAL KEDUA DNS KE-13

     

    Usul No. Pengusul Usul Tarikh Lulus Dewan
    30 Y.B. ADN Kota Damansara Usul di bawah

    Peraturan Tetap 26

    “Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan drastik yang berkesan bagi membanteras masalah penularan penyakit denggi yang disebabkan pembiakan nyamuk aedes yang tidak terkawal akibat daripada masalah saliran dan kebersihan khususnya di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) demi kesihatan hidup rakyat yang berkualiti.”

     

    Dipinda kepada :

     

    “Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan drastik yang berkesan bagi membanteras masalah penularan penyakit denggi yang disebabkan pembiakan nyamuk aedes yang tidak terkawal demi

    kesihatan hidup rakyat yang berkualiti.”

    Keputusan : Dipersetujui (dengan pindaan)

     

    3 Disember 2014

     

     

    USUL-USUL YANG TELAH DI BAWA KE DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2015

    MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN) PENGGAL KETIGA DNS KE-13

     

    Usul No. Pengusul Usul Tarikh Lulus Dewan
    15 Y.B. ADN Permatang Usul di bawah

    Peraturan Tetap 26

    “Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan kerjasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) yang akan membantu kelancaran trafik di pusat-pusat bandar berkaitan.” Usul ini TIDAK DIPERSETUJUI
    16 Y.B. ADN Batang Kali Usul di bawah

    Peraturan Tetap 26

    “Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa agar Kerajaan Negeri Selangor meneruskan perbincangan perjanjian penstrukturan semula industri air bersama Kerajaan Persekutuan demi memastikan pembangunan sosioekonomi negeri berterusan dan kemaslahatan rakyat Selangor terpelihara.” 9 April 2014
  2. Nyatakan usul yang telah diterima dalam dewan dan statusnya.

    Status usul-usul yang dibentangkan semasa persidangan Dewan adalah seperti di Lampiran B. Status pelaksanaan Enakmen adalah di bawah bidang kuasa pihak Jabatan yang bertanggungjawab,

    LAMPIRAN B

     

    RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN DEWAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2008

     

    Bil

     

    Enakmen

     

    Keputusan Dewan

     

    1

     

    Enakmen Perbekalan Tambahan (2007) 2008

     

    Dipersetujui: 26 Mei 2008

     

    2

     

    Enakmen Perbekalan (2009)

     

    Dipersetujui: 28 Oktober 2008

     

    3

     

    Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2008

     

    Dipersetujui: 28 Oktober 2008

     

    4

     

    Enakmen Perbekalan Tambahan (No.1) 2008

     

    Dipersetujui: 28 Oktober 2008

     

    5

     

    Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2008

     

    Dipersetujui: 28 Oktober 2008

     

    6

     

    Enakmen Penghinaan Dewan 2008

     

    Dipersetujui: 28 Oktober 2008

     

    USUL-USUL YANG TELAH DIBENTANGKAN DI DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2008

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
        Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor  

    Dipersetujui: 26 Mei 2008

       

    Kerajaan

     

    Usul Bajet Tambahan Peruntukan Pembangunan 2007

     

    Dipersetujui: 26 Mei 2008

      Kerajaan Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan Negeri Selangor

     

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (1) Peraturan Tetap 68 Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor menghendaki diadakan suatu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan Negeri Selangor”

    Dipersetujui: 26 Mei 2008
      Kerajaan Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor

     

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (1) Peraturan Tetap 69 Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor menghendaki diadakan suatu Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan”

    Dipersetujui: 26 Mei 2008
      Kerajaan Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Dewan Undangan Negeri Selangor

     

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (1) Peraturan Tetap 70 Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor menghendaki diadakan suatu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ”

    Dipersetujui: 26 Mei 2008

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
      Kerajaan Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency-

    SELCAT) bagi Dewan Undangan Negeri Selangor

     

    “ Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71 Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Selangor, diadakan suatu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency-SELCAT) dengan izin. Jawatankuasa SELCAT adalah untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan- pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

    Walaupun apa yang diperuntukkan di bawah Peraturan 75 Peraturan- peraturan Tetap Dewan Negeri, SELCAT berkuasa untuk mengadakan pendengaran awam, sama ada secara penuh atau sebahagian daripadanya, dan keterangan-keterangan dalam pendengaran awam tersebut bolehlah disiarkan”.

    Dipersetujui: 26 Mei 2008
      Y.B. ADN Kampung Tunku “Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Y.B. Tuan M.Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini”. Dipersetujui: 26 Mei 2008
      Kerajaan Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2009 Dipersetujui: 28 Oktober 2008
      Kerajaan Usul Bajet Tambahan Peruntukan Pembangunan 2008 Dipersetujui: 28 Oktober 2008

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
      Kerajaan Usul Dasar Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor 2025 Dipersetujui: 29 Oktober 2008
      Kerajaan Usul Pindaan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor

     

    “Bahawasanya mengikut perenggan (2) Peraturan Tetap 69 bagi Dewan Undangan Negeri Selangor membuat ketetapan meminda Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor seperti draf Kertas Mesyuarat Bilangan 22 Tahun 2008”

    Dipersetujui: 29 Oktober 2008
      Y.B. ADN Kampung Tunku “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri mengambil langkah memulihkan pilihan raya untuk semua kerajaan tempatan di Negeri Selangor” Dipersetujui: 29 Oktober 2008
      Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini,

    Mengutuk dengan sekeras-kerasnya kelakuan Yang Berhormat Sungai Panjang yang membuat kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadap Yang Berhormat Kinrara, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor kononnya beliau mengetuai bantahan terhadap suara azan masjid di Puchong dan Kota Damansara;

    Mengutuk dengan sekeras-kerasnya perbuatan keji akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita-berita palsu, penulisan-penulisan berunsur ganas dan perkauman terhadap Yang Berhormat Kinrara, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , pada 10.9.2008, 12.10.2008 dan 17.10.2008;

    Menyeru semua pihak menghayati semangat perpaduan dan muhibah yang selama ini dijunjung oleh semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan kestabilan masyarakat”

    Dipersetujui: 29 Oktober 2008

     

    RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN DEWAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2009

     

     

     

    Bil

     

    Enakmen

     

    Keputusan Dewan

     

    1

     

    Enakmen Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor 2009

     

    Dipersetujui: 16 .03.2009

     

    2

     

    Enakmen Undang-Undang Pembekalan Tambahan (No. 1) 2009

     

    Dipersetujui: 14.07.2009

    3 Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) 2009 Dipersetujui: 09.11.2009
     

    4

     

    Enakmen Pembekalan (2010) 2009

     

    Dipersetujui: 16.11.2009

     

    5

     

    Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2009

     

    Dipersetujui: 16.11.2009

     

    6

     

    Enakmen Selangor King George V Silver Jubilee (Pindaan) 2009

     

    Dipersetujui: 16.11.2009

     

    USUL-USUL YANG TELAH DIBAWAKE DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2009

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
        Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor  
      Y.B. ADN Kampung Tunku Usul Peraturan Tetap 17 bagi Menangguhkan Mesyuarat Perkara Tertentu Berkenaan Kepentingan Orang Ramai Yang Berkehendak Disegerakan. Usul dibacakan pada 13 Mac 2009, dibahaskan tetapi tidak perlu dipersetujukan
      Y.B. ADN Taman Medan Usul Menerima Laporan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor

     

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (5) dalam Peraturan Tetap 76 bagi Dewan Undangan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya syor-syor yang terdapat dalam Penyata laporan Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 12 Tahun 2009 diterima pakai.”

    Dipersetujui: 16 Mac 2009
    1 Y.B. ADN Seri Andalas “Bahawa Dewan ini menetap untuk mengiktiraf kebebasan Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri untuk membuat sumbangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial kepada mana-mana pihak yang difikirkan sesuai oleh mereka selari dengan undang-undang dan dasar-dasar mereka.” Dipersetujui: 16 Mac 2009
    2 Y.B. ADN Meru “ Bahawa Dewan ini menggesa agar Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua pertuduhan-pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa secara serius dan bebas berdasarkan merit bagi memenuhi tanggungjawab mereka tanpa memilih kes-kes tertentu semata-mata.” Dipersetujui: 16 Mac 2009

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    3 Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Pusat supaya akur dan utamakan hak serta kepentingan rakyat Negeri Selangor dan Kuala Lumpur dalam rundingan pembelian balik pengurusan air daripada syarikat konsesi iaitu Puncak Niaga S/B, SPLASH dan Konsortium ABBAS S/B serta SYABAS S/B. Dipersetujui: 17 Mac 2009
    4 Y.B. ADN Subang Jaya “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Persekutuan mengambil langkah untuk memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri dalam usaha mengatasi keadaan ekonomi yang semakin merosot demi kepentingan rakyat. “ Dipersetujui: 17 Mac 2009
      Kerajaan Usul Bajet Tambahan Peruntukan Pembangunan 2009. Dipersetujui: 14 Julai 2009
    5 Y.B. ADN Sekinchan Usul menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)

     

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (5)dalam Peraturan Tetap 76 bagi Dewan Undangan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya Penyata laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (SELCAT) yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bi. 18 Tahun 2009 diterima pakai.”

    Dipersetujui: 15 Julai 2009
    6 Y.B. ADN Kampung Tunku Usul menerima Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor

     

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (5) dalam Peraturan Tetap 76 bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya syor-syor dan hukuman yang terdapat dalam Penyata Laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan

    Negeri Selangor yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 14 Tahun 2010 diterima”

    Dipersetujui: 15 Julai 2009

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    7 Y.B. ADN Rawang Usul Perakuan dan Kelulusan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT)

     

    “ Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71(4) Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini memberi perakuan dan kelulusan ke atas Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT) yang telah ditubuhkan oleh Tuan Speaker mengikut Peraturan Tetap 71(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri pada 6 Mei 2009 sebagaimana yang telah dilaporkan kepada Dewan ini.

     

    Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT) adalah untuk memantau selia segala urusan pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah dalam Negeri Selangor.”

    Dipersetujui: 15 Julai 2009
    8 Y.B. ADN Bukit Lanjan Usul Perakuan dan Kelulusan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT)

     

    “ Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71(4) Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini memberi perakuan dan kelulusan ke atas Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT) yang telah ditubuhkan oleh Tuan Speaker mengikut Peraturan Tetap 71(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri pada 6 Mei 2009 sebagaimana yang telah dilaporkan kepada Dewan ini.

     

    Jawatankuasa Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT) adalah untuk memantau selia segala urusan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Selangor.”

    Dipersetujui: 15 Julai 2009

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    9 Y.B. ADN Batu Tiga Usul Perakuan dan Kelulusan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK-ABAS)

     

    “ Bahawasanya mengikut Peraturan Tetap 71(4) Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini memberi perakuan dan kelulusan ke atas Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK- ABAS) yang telah ditubuhkan oleh Tuan Speaker mengikut Peraturan Tetap 71(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri  pada 6 Mei 2009 sebagaimana yang telah dilaporkan kepada Dewan ini.

    Jawatankuasa Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK-ABAS) adalah untuk memantau selia segala urusan pentadbiran agensi, badan berkanun dan anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Selangor.”

    Dipersetujui: 15 Julai 2009
    10 Y.B. ADN Kampung Tunku “ Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat secara menyeluruh skandal RM12. 5 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang bermula dengan penjualan tanah yang diberi Kerajaan Selangor kepada koperasi Pembangunan Pulau Lumut Berhad pada tahun 1990-an.” Dipersetujui: 15 Julai 2009
    11 Y.B. ADN Hulu Kelang “ Bahawa Dewan ini menetapkan untuk menegur tindakan Polis yang bertindak menyalahi peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang hak kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman. Tindakan Polis menghalang dan menahan beberapa orang wakil rakyat dan orang ramai yang berhimpun secara aman adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Dewan menyeru pihak Polis agar menumpukan tugas dalam menjaga keselamatan rakyat dan bersungguh-sungguh menangani jenayah dan tidak tunduk kepada tekanan politik dan arahan mana-mana pemimpin Barisan Nasional dalam menjalankan tugas mereka.” Dipersetujui: 15 Julai 2009

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    12 Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan, mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan semua jabatan Kerajaan Pusat di Negeri Selangor yang tidak memasang potret Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Khalis bin Ibrahim dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap perbuatan tersebut yang bercanggah dengan keputusan rakyat dan sama sekali tidak menghormati Duli Yang Maha Mulai Sultan Selangor kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar adalah dilantik oleh Tuanku. “ Dipersetujui: 15 Julai 2009
     

    13

     

    Kerajaan

     

    Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2010

     

    Dipersetujui: 16 November 2009

    14 Y.B. ADN Ijok “ Bahawa Dewan yang mulia ini memutuskan Y.B. Tuan Mohamed Satim bin Diman hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ini kerana kenyataan beliau di dewan ini pada 11 November 2009 iaitu :-

    Bajet 2010 hendaklah dikemukakan adalah dalam keadaan rakyat keseluruhannya sangsi dengan kebolehan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar. Ini bertolak dengan kegagalan membayar kemudahan pinjaman Islam berjumlah RM 66.6 juta USD 18.5 juta yang dibuat pada tahun 1998 bagi tujuan pembelian saham Kumpulan Gutrie Berhad. Ini adalah pembelian opsyen RM200 juta saham atau 20% daripada Kumpulan Guthrie. Ini membuktikan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar tidak hemat dan gagal menguruskan kewangan sendiri..”

    Dipersetujui: 17 November 2009
    15 Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak pihak Kerajaan Persekutuan agar segera menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja yang bebas untuk menyiasat punca sebenar kematian mendiang Teoh Beng Hock selaku mantan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor.” Dipersetujui: 17 November 2009

     

    RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN DEWAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2010

     

    Bil

     

    Enakmen

     

    Keputusan Dewan

     

    1

     

    Enakmen Perbekalan Tambahan 2010

     

    Dipersetujui: 14.04.2010

     

    2

     

    Enakmen Pengawalan Penternakan Babi (Pindaan) 2010

     

    Dipersetujui: 12.07.2010

    3 Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) 2010 Dipersetujui: 13.07.2010
     

    4

     

    Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010

     

    Dipersetujui:

     

    5

     

    Enakmen Perbekalan (2011) 2010

     

    Dipersetujui: 12.11.2010

     

    5

     

    Enakmen Perbekalan Tambahan (No.3) 2010

     

    Dipersetujui: 12.11.2010

    6 Enakmen Peruntukan Diraja (Pindaan) 2010 Dipersetujui: 12.11.2010
     

    7

     

    Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2010

     

    Dipersetujui: 15.11.2010

     

    USUL-USUL YANG TELAH DIBAWAKE DEWAN NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2010

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
        Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor  
    1 Y.B. ADN Hulu Kelang “Bahawa Dewan ini menarik perhatian menurut Warta Kerajaan [P.U.(A)443] terdapat 24 buah Subsidiari Kerajaan Negeri Selangor dan 49 buah Subsidiari Agensi Kerajaan Negeri Selangor. Ini menjadikan terdapat sejumlah 73 buah syarikat subsidiari Kerajaan Negeri Selangor. Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk:

    (1)    Mewujudkan sistem pemantauan yang mantap dan memastikan semua syarikat mematuhi peraturan-peraturan Kerajaan Negeri serta mematuhi Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat Malaysia;

    (2)    Memastikan setiap syarikat yang membuat keuntungan membayar dividen setiap tahun kepada Kerajaan Negeri;

    (3)    Memastikan syarikat-syarikat yang tidak membayar dividen tahunan kepada Kerajaan Negeri mengemukakan penyata perbelanjaan mereka kepada Dewan yang mulia ini;

    (4)    Memastikan setiap syarikat dipandu dan dibimbing di atas polisi yang pro-rakyat dengan memastikan sekurang-kurangnya seorang Ahli Dewan Negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah;

    (5)    Memastikan setiap syarikat tahu dan melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil.9/1993, 10/1993, 11/1993 dan 12/1993;

    (6)    Memastikan tiada syarikat membayar bonus tanpa mematuhi dasar yang ditetapkan mengikut PP Bil.10/1993 dan pembayaran mesti mendapat kelulusan pihak Lembaga Pengarah dan Pihak Berkuasa Negeri (MMKN/EXCO);

    (7)    Memastikan syarikat lebih fokus kepada kos operasi syarikat dan tidak kepada perbelanjaan sosial dan perbelanjaan lain yang tidak berkaitan dengan operasi yang boleh menjejaskan keuntungan syarikat;

    (8)    Memastikan seseorang Ketua Eksekutif tidak menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada terlalu banyak syarikat sedangkan peraturan hanya membenarkan 3 syarikat subsidiari sahaja (Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/1985);

    (9)    Memastikan prosedur kerja dan SOP disediakan dan sentiasa dikemas kini;

    (10)                Memastikan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan ditubuhkan seperti di PP Bil 9/1993. ”

    Dipersetujui: 14 April 2010

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
     

    2

     

    Y.B. ADN Hulu Kelang

     

    “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian bahawa UKRC atau Ulu Klang Recreation Club telah pun diberi kelulusan Tanah Lot 3026 Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak mengikut Seksyen 24(i) Kanun Tanah, Bab 138, Tahun 1928 bagi tujuan Kelab/Dewan Komuniti dan Padang Permainan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui surat Pejabat Tanah Kuala Lumpur bertarikh 12hb Julai 1958 (Rujukan:No.(14) in DOKL 7882)

    Tapak UKRC merupakan tapak rekreasi bagi maksud Kelab/Dewan Komuniti dan Padang dan bukan tanah kawasan lapang.

    Namun pada tahun 2004, secara luar biasa pentadbiran kerajaan lalu telah mewartakan tapak rekreasi UKRC sebagai kawasan lapang.

    Bahawa dengan ini, di atas prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Dato’ Menteri Besar mengambil hak asal UKRC seperti yang telah diperolehi daripada Pejabat Tanah Kuala Lumpur pada 12hb Julai 1958, dengan:

     

    (1)          Meminda Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 2214/2004 bertarikh 2hb Disember 2004 pada baris ketujuh dengan “ bagi maksud Kelab/Dewan Komuniti dan Padang yang akan dikawal oleh UKRC ” selaras dengan kelulusan awal yang telah diberi kepada UKRC oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1958; atau

     

    (2)          Meluluskan permohonan UKRC untuk mendapatkan milikan kekal Tanah Kerajaan Lot 3026, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak bagi tujuan Kelab/Dewan Komuniti dan Padang selaras dengan kelulusan yang diperolehi oleh UKRC daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui surat Pejabat Tanah Kuala Lumpur bertarikh 12hb Julai 1958; dan

     

    (3)          Membatalkan Warta Kerajaan Negeri Selangor No.2214/2004 bertarikh 2hb Disember 2004 dibuat sebaik sahaja kelulusan diberi kepada UKRC untuk mendapatkan milikan kekal Tanah Kerajaan bagi mengelakkan sebarang kontroversi pada masa hadapan di antara Kerajaan Negeri dan UKRC ”

     

     

    Dibacakan pada 14 April

    2010

     

    Peraturan 34(1): Usul ini ditarik balik untuk dikemukakan semula setelah dipinda di Persidangan Dewan yang akan datang

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    3 Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani agar segera mengambil perhatian dan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi menyiasat tentang berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengagihan kuota subsidi benih padi yang tidak adil dan telus, dan seterusnya menyebabkan kerugian kepada petani dan memperkayakan suku sakat kroni mereka sahaja”. Dipersetujui: 14 April 2010
    4 Kerajaan Usul Menyerahkan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010 kepada Jawatankuasa Pilihan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010

     

    ** Usul di bawah Peraturan Tetap 54

    Dipersetujui: 14 Julai 2010
    5 Kerajaan Usul Bajet Tambahan Peruntukan Pembangunan 2010 Dipersetujui: 15 Julai 2010
    6 Kerajaan Usul Pelantikan Y.B. Dato’ Haji Mohd Shamsudin Bin Haji Lias, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Burong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan. Dipersetujui: 15 Julai 2010
    7 Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini, mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan Rejim Israel yang melakukan keganasan terhadap kumpulan sukarelawan pelbagai negara

    yang menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza “

    Dipersetujui: 15 Julai 2010
    8 Y.B. ADN Kg. Tunku “ Bahawasanya mengikut Perenggan (5) dalam Peraturan Tetap 76 bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya syor-syor dan hukuman yang terdapat

    dalam Penyata Laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 14 Tahun 2010 diterima”

    Dipersetujui: 15 Julai 2010
    9 Y.B. ADN Rawang Usul di bawah Peraturan Tetap 17(2), Menangguhkan Mesyuarat Bagi Perkara Tertentu Berkepentingan Orang Ramai Yang Berkehendak Disegerakan Dibacakan pada 9 Nov

    2010,

    dibahaskan tetapi tidak perlu

    dipersetujukan

    10 Kerajaan Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2011 Dipersetujui: 15 November

    2010

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    11 Kerajaan Usul Cadangan Pindaan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor

     

    ** Usul di bawah Peraturan Tetap 69 (2)

    Dibacakan pada 15  Nov

    2010, tidak perlu dibahaskan dan

    dipersetujukan

    12 Y.B. ADN Hulu Kelang “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap kecuaian pengurusan KDEB/KHSB dalam membuat keputusan untuk membangunkan tanah seluas 9.554 ekar milik KDEB/KHSB di HS(D) 18264, PT. No. 32547 Mukim Dengkil Daerah Sepang kepada pihak ketiga dengan hanya menerima bayaran sebanyak RM4,154,849.40 tanpa mengambil kira peruntukan jumlah premium yang akan ditanggung oleh KHSB dan dengan hanya mendapat pulangan sebanyak RM37,026.40 atau RM3,875.81 seekar di tanah berlokasi amat strategik.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan satu badan bebas di bawah Kerajaan bagi menjalankan penyiasatan dan membentangkan hasil siasatan ke Sidang Dewan Negeri ”.

    Dipersetujui: 15 November

    2010

    13 Y.B. ADN Hulu Kelang “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap satu perintah mahkamah yang melarang diteruskan operasi kuari di kawasan tanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) di Bandar Baru Selayang tetapi kerja-kerja kuari masih aktif dijalankan secara haram.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan satu badan bebas di bawah Kerajaan bagi menjalankan penyiasatan dan membentangkan hasil siasatan ke Sidang Dewan Negeri ”.

    Dipersetujui: 15 November

    2010

    14 Y.B. ADN Hulu Kelang “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap manipulasi penjualan sejumlah sembilan (9) unit rumah teres milik SAP Holdings Bhd di Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor dengan mengkelaskan penjualan unit-unit tersebut sebagai pembelian pukal dengan harga potongan sebanyak 50.90% yang menyebabkan syarikat kehilangan hasil penjualan sebanyak RM617,000.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan satu badan bebas di bawah Kerajaan bagi menjalankan penyiasatan dan membentangkan hasil siasatan ke Sidang Dewan Negeri ”.

    Dipersetujui: 15 November

    2010

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    15 Y.B. ADN Hulu Kelang “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap keputusan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk mengecilkan operasi dengan menutup beberapa anak syarikat bermasalah dan menamatkan perkhidmatan kakitangan yang sudah lama berkhidmat dalam Kumpulan PKPS. Kesan daripada keputusan ini telah menimbulkan kesulitan besar terhadap kakitangan yang kehilangan pekerjaan.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan laporan lengkap untuk dibentangkan ke Dewan Negeri tentang asas-asas tindakan serta program- program yang dijalankan bagi menjustifikasikan keputusan mengecilkan operasi Kumpulan PKPS ”.

    Dipersetujui: 15 November

    2010

     

    16

     

    Y.B. ADN Hulu Kelang

     

    “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 ke atas PKNS Infra Berhad mendapati tiga kelemahan melibatkan pemberian elaun tandatangan cek, perancangan strategik yang tidak mendapat pengesahan Lembaga Pengarah dan kerugian anak syarikat Excelon Sdn. Bhd selepas sembilan tahun beroperasi.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk

    1)                  Mengarahkan amalan memberi elaun tandatangan cek kepada Pengerusi dan Pengarah Syarikat dihentikan serta merta dan penerima elaun tersebut masih memegang jawatan memulangkan kembali seluruh jumlah yang diterima kepada syarikat;

    2)                  Mengarahkan Lembaga Syarikat membuat semakan terhadap perancangan strategik syarikat;

    3)                   Membuat penelitian dan keputusan segera untuk menutup Excelon Sdn Bhd bagi mengurangkan tanggungan dan kerugian syarikat”.

     

    Dipersetujui: 15 November

    2010

    17 Y.B. ADN Hulu Kelang “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap keputusan Kerajaan Negeri menutup operasi Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan memindahkan pelajar bagi menamatkan kursus ke INPENS International College yang di segi jangka panjang tidak menguntungkan industri pendidikan di Selangor dan boleh mengabaikan tanggungjawab sosial Kerajaan Negeri terhadap rakyat.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mempertimbangkan untuk membuka dan meneruskan semula operasi IKYS “

    Dipersetujui: 15 November

    2010

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    18 Y.B. ADN Hulu Kelang “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap penyelesaian tuntutan pembeli hartanah di Bandar Armada Putra Pulau Indah bagi bayaran wang pampasan kerana pemaju (anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor) lewat menyerahkan rumah.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk:

    1)                  Menubuhkan satu Task-Force dengan peruntukan kewangan yang cukup untuk mengenal pasti pembeli yang membuat tuntutan serta menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh; dan

    2)                  Mewujudkan satu badan bebas di bawah Kerajaan bagi menjalankan penyiasatan dan membentangkan hasil siasatan ke Sidang Dewan Negeri “

    Dipersetujui: 15 November

    2010

    19 Y.B. ADN Hulu Kelang “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian terhadap penyelesaian tunggakan bil air Pangsapuri Taipan, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Klang sehingga Mac 2010 berjumlah RM815,000 yang diletakkan ke atas bahu penduduk ditangani segera.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk:

    1)                  Menyarankan kepada SYABAS agar membuat tuntutan bayaran tunggakan bil air daripada Jabatan Insolvensi Malaysia selaku pegawai penerima syarikat Brisdale Holdings Berhad (pemaju) bagi tempoh sebelum pemaju digulung dari Januari 2006 hingga Oktober 2008.

    2)                  Mengesyorkan kepada SYABAS jumlah bil yang dikemukakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan jumlah bagi bil yang dilupuskan adalah RM186,425 dan dengan kaedah pelaksanaan yang disyorkan oleh LPHS.

    3)                  Menyarankan agar SYABAS tidak membuat operasi pemotongan bekalan air yang hanya akan merumitkan kehidupan penduduk sehingga syor penyelesaian LPHS dilaksanakan.

    4)                  Membantu menyelesaikan masalah kebocoran sistem paip air dalaman di pangsapuri berkenaan dengan satu jumlah kewangan yang mencukupi bagi mengatasi masalah kebocoran air bagi jangka masa panjang “

    Dipersetujui: 15 November

    2010

    20 Y.B. ADN Kampung

    Tunku

    “ Bahawa Dewan yang mulia ini meminta Kerajaan Negeri memperketatkan urus tadbir korporat bagi semua syarikat-syarikat, badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan negeri supaya ianya ditadbir dengan amalan korporat berdasarkan prinsip keupayaan, beramanah dan ketelusan.” Dipersetujui: 15 November

    2010

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    21 Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri menambah baik kemudahan sedia ada melalui pembinaan sebuah pejabat tambahan di sebelah Bangunan Annex yang dilengkapi dengan pegawai penyelidik, bilik pejabat, bilik pendengaran awam, bilik mesyuarat, perpustakaan yang lengkap dan bilik senaman yang boleh membantu para Ahli Dewan Negeri melaksanakan tugas mereka dengan lebih efektif “. Dipersetujui: 15 November

    2010

    22 Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri agar segera membentangkan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor (SELESA) demi ke arah objektif pembaharuan dan memperkasakan institusi Dewan sebagai badan Legislatif serta menepati Prinsip Pengasingan Kuasa (Separation Of Power)“. Dipersetujui: 15 November

    2010

    23 Y.B. ADN Sekinchan “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak pihak Kementerian Kerja Raya agar segera mengambil perhatian dan tindakan yang proaktif dengan menjalankan kerja-kerja menaik taraf jalan Persekutuan 5 khususnya dari Kapar hingga ke Sabak Bernam demi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya“. Dipersetujui: 15 November

    2010

     

    RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DIBENTANGKAN DI DEWAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2011

     

    Bil

     

    Enakmen

     

    Keputusan Dewan

     

    1

    Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2011 Bacaan Pertama : 24.01.2011

     

    Bacaan Kedua & Ketiga : Tidak Dipersetujui

    2 Enakmen Perbekalan Tambahan 2011 Dipersetujui: 31 Mac 2011
    3 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011 Dipersetujui: 31 Mac 2011
    4 Enakmen Anggota Pentadbiran & Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2011 Dipersetujui: 31 Mac 2011
    5 Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010 Dipersetujui: 1 April 2011
    6 Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) 2011 Dipersetujui: 12 Julai 2011
    7 Enakmen Tabung Amanah Bencana Alam 2011 Dipersetujui: 12 Julai 2011
    8 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)(Pindaan) 2011 Dipersetujui: 12 Julai 2011
    9 Enakmen Perbekalan (2012) 2011 Dipersetujui: 16 November 2011
    10 Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2011 Dipersetujui: 17 November 2011
    11 Enakmen Perbekalan Tambahan (No.3) 2011 Dipersetujui: 17 November 2011
    12 Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (Pindaan) 2011 Dipersetujui: 17 November 2011

     

    USUL-USUL YANG TELAH DIBAWAKE DEWAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2011

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
         

    Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

     
     

     

    1

     

     

    Y.B. ADN Hulu Kelang

     

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1)

     

    “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian bahawa Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara. Program kedua dari sepuluh program 100 Hari Pakatan Rakyat mendapat mandat rakyat adalah Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Dato’ Menteri Besar agar menggerakkan segera program ini dengan:

    1)      Mewujudkan satu sekretariat khas untuk merangka dan menjalankan program penerangan dan kempen mansuhkan ISA di seluruh Negeri  Selangor

    2)      Memberikan peruntukan bagi memasang papan-papan tanda (billboards) di setiap DUN dengan tema Selamatkan Malaysia : Mansuhkan ISA

     

     

    Dipersetujui: 1 April 2011

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    2 Y.B. ADN Hulu Kelang

     

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1)

    “ Bahawa Dewan ini menarik perhatian bahawa UKRC atau Ulu Klang Recreation Club telah pun diberi kelulusan Tanah Lot 3026 Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak mengikut Seksyen 24(i) Kanun Tanah, Bab 138, Tahun 1928 bagi tujuan Kelab/Dewan Komuniti dan Padang Permainan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui surat Pejabat Tanah Kuala Lumpur bertarikh 12hb Julai 1958 (Rujukan:No.(14) in DOKL 7882)

    Tapak UKRC merupakan tapak rekreasi bagi maksud Kelab/Dewan Komuniti dan Padang dan bukan tanah kawasan lapang.

    Namun pada tahun 2004, secara luar biasa pentadbiran kerajaan lalu telah mewartakan tapak rekreasi UKRC sebagai kawasan lapang.

    Bahawa dengan ini, di atas prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Dato’ Menteri Besar mengambil hak asal UKRC seperti yang telah diperolehi daripada Pejabat Tanah Kuala Lumpur pada 12hb Julai 1958, dengan:

    (4)    Meminda Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 2214/2004 bertarikh 2hb Disember 2004 pada baris ketujuh dengan “ bagi maksud Kelab/Dewan Komuniti dan Padang yang akan dikawal oleh UKRC ” selaras dengan kelulusan awal yang telah diberi kepada UKRC oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1958; atau

     

    (5)    Meluluskan permohonan UKRC untuk mendapatkan milikan kekal Tanah Kerajaan Lot 3026, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak dengan syarat tidak boleh dijual atau ditukar milik bagi tujuan Kelab/Dewan Komuniti dan Padang selaras dengan kelulusan yang diperolehi oleh UKRC daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui surat Pejabat Tanah Kuala Lumpur bertarikh 12hb Julai 1958; dan

     

    (6)    Membatalkan Warta Kerajaan Negeri Selangor No.2214/2004 bertarikh 2hb Disember 2004 dibuat sebaik sahaja kelulusan diberi kepada UKRC untuk

    mendapatkan  milikan  kekal  Tanah  Kerajaan bagi mengelakkan                                                                                                     sebarang kontroversi pada masa hadapan di antara Kerajaan Negeri dan UKRC”

    Dipersetujui: 1 April 2011

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    3 Y.B. ADN Sekinchan

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 27

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya segera menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan terhadap siapakah dalang sebenar yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar ciplak “ Selangor Terkini ”. Dipersetujui: 1 April 2011
     

    4

     

    Y.B. ADN Hulu Kelang

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5)

     

    “ Sukacita saya ingin mengemukakan usul di bawah Peraturan 76 (5), Peraturan- peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor supaya Penyata Jawatankuasa Pilihan seperti di bawah diterima :-

    Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2011 – Penyata Jawatankuasa Peraturan- peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor ”.

     

    Dipersetujui: 1 April 2011

     

    5

     

    Y.B. ADN Hulu Kelang

     

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5)

     

    “ Sukacita saya ingin mengemukakan usul di bawah Peraturan 76 (5), Peraturan- peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor supaya Penyata Jawatankuasa Pilihan seperti di bawah diterima :-

    Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2011 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency – SELCAT )”.

     

    Dipersetujui: 1 April 2011

     

    6

     

    Y.B. ADN Kampung Tunku

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5)

     

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (5), dalam Peraturan Tetap 76 bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan  supaya syor-syor yang terdapat dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JPK-PADAT) yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 7 Tahun 2011 diterima”

     

    Dipersetujui: 1 April 2011

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
     

    7

     

    Y.B. ADN Ijok

     

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26(p)

     

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini memutuskan bahawa Yang Berhormat Tuan Badrul Hisham bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Kawasan Pelabuhan Klang, dan peguam beliau Mohd Hafarizam Harun dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan bahawa mereka secara berasingan atau bersesama melakukan kesalahan menghina Dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac 2011 kepada Tuan Speaker Dewan ini yang berbahasa amat tidak senonoh, biadab dan mengugut.

    Bahawanya untuk tujuan siasatan ke atas perkara tersebut, Yang Berhormat M. Manoharan, Ahli Dewan Negeri kawasan Kota Alam Shah hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantikan Tuan Speaker, Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan”

     

    Dipersetujui: 1 April 2011

     

    8

     

    Y.B. ADN Seri Setia

     

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 17(1)

     

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini, menyatakan pendirian terhadap kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia untuk :-

    i.        Menghentikan segala tangkapan dan halangan kepada kempen Gabungan Menuntut Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 di Selangor malah di seluruh negara;

     

    Dan Kerajaan Negeri seterusnya :-

     

    ii.      Mempertahankan hak rakyat untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun Negeri , Syarikat-syarikat  berkaitan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tanpa halangan Polis atau mana-mana pihak selari dengan perkara 10, Perlembagaan Persekutuan”

     

    Dipersetujui: 12 Jul 2011

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    9 Kerajaan

     

    Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2011

    “Bahawa menurut seksyen 9, seksyen 4(2)(b) dan seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM20,028,000.00 yang dinyatakan dalam Bajet Tambahan Peruntukan Pembangunan Tahun 2011, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) Akta yang sama, sepertimana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan”. Dipersetujui: 12 Jul 2011
        JADUAL  
        BAJET TAMBAHAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN TAHUN 2011  
           

    VOT

     

    JABATAN

    PERUNTUKAN (RM)    
        P01 Menteri Besar & SUK 20,028,000.00  
        JUMLAH 20,028,000.00  
    10 Y.B. ADN Kota Alam Shah

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1)

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini dengan serta merta mempertimbangkan kesemua Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh Negeri Selangor mempunyai sekurang-kurangnya tanah yang mencukupi untuk setiap sekolah bagi menghapuskan label bantuan modal ke atas sekolah-sekolah tersebut, khususnya 53 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 67 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Tidak Dipersetujui: 12 Jul 2011
        Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Dato’ Menteri Besar agar melaksanakannya dengan:  
        i.          Menggunapakai Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil alih milikan-milikan tanah yang berdekatan dengan sekolah-sekolah tersebut  
        ii.         Menggesa Kerajaan Persekutuan menukar kesemua status sekolah- sekolah tersebut daripada status bantuan modal kepada bantuan penuh

    sejurus selepas memastikan tanah yang mencukupi tersebut diperolehi”

     

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    11 Y.B. ADN Kota Alam Shah

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1)

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini dengan serta merta melaksanakan program khusus bagi semua kaum di seluruh Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat dengan mengarahkan serta merta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memberi diskaun sebanyak 7% bagi semua jenis kategori perumahan untuk semua kaum yang miskin dan lahir di Negeri Selangor“. Tidak Dipersetujui: 12 Jul 2011
    12 Y.B. ADN Kota Alam Shah

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1)

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini dengan serta merta mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Persekutuan yang telah gagal dan/atau enggan untuk membina Jambatan Ketiga di Klang bagi mengatasi kesesakan jalan raya walaupun ianya telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan semasa kempen-kempen pilihan raya ke 12 pada tahun 2008 sebagai janji-janji pilihan raya mereka.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Persekutuan agar segera membina jambatan ketiga tersebut untuk rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya”

    Dipersetujui: 13 Jul 2011
    13 Y.B. ADN Kota Alam Shah

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1)

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini menarik perhatian bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan prinsip kebebasan beragama sepertimana yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk segera memutuskan dan mengeluarkan surat pekeliling (circular) kepada semua pihak-pihak berkenaan dan berkaitan agar semua Masjid, Surau, Kuil- Kuil Hindu, Tokong-tokong Cina, Gereja dan semua rumah-rumah Ibadat Bukan Islam tidak boleh dirobohkan dan juga tidak boleh dipindahkan tanpa persetujuan / kebenaran EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

    Bahawa dengan ini, Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mengekalkan di tempat asalnya semua Masjid, Surau, Kuil-Kuil Hindu dan Tokong-tokong Cina, Gereja dan semua rumah-rumah Ibadat Bukan Islam”

    Dipersetujui: 13 Jul 2011

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    14 Y.B. ADN Kota Alam Shah

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1)

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini dengan serta merta melaksanakan program-program khusus bagi kaum India di seluruh Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat yang amat prihatin terhadap nasib kaum India dengan melancarkan skim-skim berikut:-

    i.   Mempertimbangkan untuk membuka tanah seluas 2000 ekar bagi 200 buah keluarga kaum India yang miskin bagi mengusahakan tanah untuk tujuan pertanian, penternakan dan/atau perikanan; dan

     

    ii.   Mempertimbangkan untuk menubuhkan satu dana RM100 juta bagi membantu golongan kaum India untuk menceburkan diri didalam perniagaan khususnya SMI dan skim ini dikelolakan oleh satu jabatan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Kaum India”

    Tidak Dipersetujui: 13 Jul 2011
    15 Y.B. ADN Kota Alam Shah

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5)

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (5) dalam Peraturan Tetap 76 Peraturan- Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang Mulia bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya syor-syor dan hukuman yang terdapat di dalam Penyata Laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor yang telah dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 18 Tahun 2011 adalah diterima”. Dipersetujui: 13 Jul 2011
    16 Y.B. ADN Kampung Tunku

     

    Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5)

    “ Bahawasanya mengikut Perenggan (5) dalam Peraturan Tetap 76 bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya syor-syor yang terdapat dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun Dan Anak Syarikat Kerajaan (JP-ABAS) Mengenai Laporan Ketua Audit Negara Negeri Selangor yang dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 19 Tahun 2011 diterima ”. Dipersetujui: 13 Jul 2011

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
     

    17

     

    Kerajaan

     

    “Bahawa menurut Subseksyen 4(3) dan Seksyen (9) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak RM600,000,000.00 yang dinyatakan dalam Anggaran Peruntukan Pembangunan Tahun 2011, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) Akta yang sama, seperti mana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan”.

    JADUAL BAJET PERUNTUKAN PEMBANGUNAN TAHUN 2012

    Maksud                            Tajuk                          Amaun (RM)

     

    P.01          Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha                                                                  225,000,000 Kerajaan

    P.04                     Perbendaharaan Negeri                                  4,847,000

    P.05                     Perbendaharaan Negeri (Pembangunan 4,000,000 Komputer)

    P.08          Jabatan Pertanian                                         15,000,000

    P.10          Jabatan Perhutanan                                        5,500,000

    P.12                     Jabatan Kerja Raya                                    153,100,000

    P.13                     Jabatan Pengairan dan Saliran                       65,000,000

    P.14                     Jabatan Agama Islam                                 106,000,000

    P.16                     Jabatan Perancang Bandar dan Desa               2,500,000

    P.17                     Jabatan Perkhidmatan Veterinar                     6,553,000

    P.27          Jabatan Kehakiman Syariah                          12,500,000

    Jumlah                                                     600,000,000

     

    Dipersetujui: 17

    November 2011

      Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2012  

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    18 Y.B. ADN Sekinchan

     

    Peraturan Tetap 27(3)

    “ Bahawasanya Dewan Yang Mulia ini, mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Kementerian Luar Negeri agar segera mengambil perhatian dan membantu menyelesaikan masalah para nelayan tempatan yang mutakhir ini terus diancam dan ditahan oleh pihak Maritim Indonesia semasa mencari nafkah hidup di lautan yang bersempadan dengan perairan antarabangsa”. Dipersetujui: 17

    November 2011

    19 Y.B. ADN Hulu Kelang

     

    Peraturan Tetap 76(5)

    “ Sukacita saya ingin mengemukakan usul di bawah Peraturan 76 (5), Peraturan- peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor supaya Penyata Jawatankuasa Pilihan ABAS seperti dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 36 Tahun 2011 berkenaan Kem Bina Semangat dan Kem PLKN Ampang Pecah, diterima ”. Dipersetujui: 17

    November 2011

    20 Y.B. ADN Lembah Jaya

     

    Peraturan Tetap 76(5)

    “ Sukacita saya ingin mengemukakan usul di bawah Peraturan 76 (5), Peraturan- peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor supaya Penyata Jawatankuasa Pilihan ABAS seperti dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 36 Tahun 2011 berkenaan Bernam River Airfield, diterima ”. Dipersetujui: 17

    November 2011

    21 Y.B. ADN Kampung Tunku

     

    Peraturan Tetap 76(5)

    “ Sukacita saya ingin mengemukakan usul di bawah Peraturan 76 (5), Peraturan- peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor supaya Penyata Jawatankuasa Pilihan ABAS seperti dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 36 Tahun 2011 berkenaan Pendengaran Tertutup Tanah Milik PKPS, diterima ”. Dipersetujui: 17

    November 2011

    22 Y.B. ADN Kampung Tunku

     

    Peraturan Tetap 76(5)

    “ Sukacita saya ingin mengemukakan usul di bawah Peraturan 76 (5), Peraturan- peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor supaya Penyata Jawatankuasa Pilihan ABAS seperti dalam Kertas Mesyuarat Bilangan 36 Tahun 2011 berkenaan dengan kuari haram di Bandar Baru Selayang, diterima ”. Dipersetujui: 17

    November 2011

     

    RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DIBENTANGKAN DI DEWAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2012

     

     

     

    Bil

     

    Enakmen

     

    Keputusan Dewan

     

    1

     

    Enakmen Perbekalan Tambahan 2012

     

    Dipersetujui: 12 Julai 2012

     

    2

     

    Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2012

     

    Dipersetujui: 12 Julai 2012

    3 Enakmen Pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (Negeri Selangor) 2012 Ditarik balik: 9 Julai 2012
     

    1

     

    Enakmen Perbekalan (2013) 2012

     

    Dipersetujui: 28 November 2012

     

    2

     

    Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan)(No.2) 2012

     

    Dipersetujui: 28 November 2012

    3 Enakmen Perbekalan Tambahan (No.2) 2012 Dipersetujui: 28 November 2012

     

    USUL-USUL YANG TELAH DIBAWA KE DEWAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2012

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
        Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta Menjunjung kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor  
    1 Usul Kerajaan

     

    Dato’ Menteri Besar Selangor

    “ Bahawasanya menurut Peraturan 68, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa;

    i.  Y.B. Tuan Lee Kim Sin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Kajang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa menggantikan Y.B. Dato’ Haji Mohd Shamsudin Bin Haji Lias, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Burong seterusnya mengekalkan Y.B. Dato’ Haji Mohd Shamsudin Bin Haji Lias sebagai Ahli Jawatankuasa; dan

     

    ii.  Y.B. Tuan Dr. Abd Rani bin Osman, Ahli Dewan Negeri Kawasan Meru dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sijangkang di dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan.”

    Dipersetujui: 27 Mac 2012
     

    2

     

    Usul Kerajaan

     

    Dato’ Menteri Besar Selangor

     

    “ Bahawasanya menurut Peraturan 72 (2), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Dewan Negeri Kawasan Subang Jaya dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan mendiang Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Gasing di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency – SELCAT).”

     

    Dipersetujui: 27 Mac 2012

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    3 Usul Kerajaan

     

    Dato’ Menteri Besar Selangor

    “ Bahawasanya menurut Peraturan 68 A (2) dan 68 (2), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan bahawa Y.B. Dato’ Haji Raja Ideris bin Raja Ahmad, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Air Tawar dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa menggantikan Y.B. Dato’ Sri Subahan bin Kamal, Ahli Dewan Negeri Kawasan Taman Templer di dalam Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT).” Dipersetujui: 27 Mac

    2012

    4 Y.B. ADN Teratai

     

    Peraturan Tetap 76(5)

    “Bahawasanya mengikut Perenggan (5) dalam Peraturan Tetap 76 bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya syor-syor yang terdapat dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) berkenaan Pelantikan Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2012 diterima”. Dipersetujui: 27 Mac

    2012

    5 Y.B. ADN Sekinchan

     

     

    Peraturan Tetap 76(5)

    “Bahawasanya mengikut Perenggan (5) dalam Peraturan Tetap 76, Peraturan- peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor, Dewan yang bersidang pada hari ini membuat ketetapan supaya syor-syor yang terdapat dalam Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah yang  dibentangkan sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2012 adalah diterima”. Dipersetujui: 27 Mac

    2012

    6 Y.B. ADN Sekinchan

     

    Peraturan Tetap 27(3)

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini, mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Negeri menyegerakan pembinaan tapak letak kereta dan pasar di Taman Sri Muda, Shah Alam memandangkan keperluan dan permintaan daripada penjaja setempat adalah terdesak serta kos pembinaannya yang semakin meningkat sejak 11 tahun yang lalu.” Dipersetujui: 27 Mac

    2012

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    7 Y.B. ADN Kampung Tunku

     

    Peraturan Tetap 26(1)

    “Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berunding semula dengan syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Barat agar hak dan kepentingan rakyat Selangor dipelihara.” Dipersetujui: 27 Mac 2012
     

    8

     

    Y.B. ADN Kampung Tunku

     

    Peraturan Tetap 26(1)

     

    “Bahawa Dewan yang mulia ini menetap agar kerajaan Selangor menolak sebarang permohonan pembinaan kilang-kilang yang terlibat dalam pemprosesan bahan-bahan radioaktif di Selangor untuk memelihara hak dan kepentingan rakyat Selangor serta melindungi alam sekitar di negeri Selangor.”

     

    Dipersetujui: 27 Mac 2012

    9 Y.B. ADN Kampung Tunku

     

    Peraturan Tetap 26(1)

    “Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menghapuskan kutipan tol Lebuhraya Persekutuan II iaitu di Sungai Rasau dan Batu Tiga.” Dipersetujui: 27 Mac 2012
     

    10

     

    Kerajaan

     

    Usul Anggaran Peruntukan Tambahan Pembangunan 2012

     

    “ Bahawa menurut seksyen 9, seksyen 4(2)(b) dan seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM40,420,420.00 yang dinyatakan dalam Bajet Tambahan Peruntukan Pembangunan Tahun 2012, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) Akta yang sama, sepertimana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan”.

     

    Dipersetujui: 12 Julai 2012

     

     

    Bil Usul Tajuk Keputusan Dewan
    11 Y.B. ADN Kota Alam Shah

     

    Peraturan Tetap 26(1)

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini dengan serta-merta menggesa Kerajaan Negeri melaksanakan program khusus bagi semua kaum di seluruh Negeri Selangor di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dengan mengarahkan serta merta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memberi diskaun sebanyak 7% dengan serta-merta bagi semua jenis kategori perumahan di  bawah pembangunan PKNS untuk semua kaum yang lahir di Negeri Selangor yang miskin dan berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan.” Dipersetujui: 12 Julai 2012
    12 Y.B. ADN Sekinchan

     

    Peraturan Tetap 26(1)

    “ Bahawasanya Dewan yang mulia ini, mengambil ketetapan menyeru Kerajaan Negeri Selangor menggubal satu Rang Undang-undang melarang semua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis Bandaraya, Ahli Majlis Perbandaran dan Ahli Majlis Daerah daripada memohon tanah Kerajaan demi membina sebuah Kerajaan yang bersih dan mengelakkan sebarang amalan penyalahgunaan kuasa “ Dipersetujui: 12 Julai 2012
    13 Kerajaan

     

    Usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2013

    “ Bahawa menurut seksyen 9, subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak RM633,019,310.00 yang dinyatakan dalam Bajet Peruntukan Pembangunan, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) Akta yang sama, sepertimana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan ” Dipersetujui: 29 November 2012
    14 Kerajaan

     

    Usul Bajet Tambahan (No.2) Peruntukan Pembangunan 2012

    “ Bahawa menurut seksyen 9, subseksyen 4(2)(b) dan seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan tambahan sebanyak RM27,160,327.11 yang dinyatakan dalam Bajet Tambahan (No.2) Peruntukan Pembangunan 2012, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut seksyen 4(1) Akta yang sama, sepertimana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan ” Dipersetujui: 29 November 2012

     

     

    <td w

    Lampiran

    Tiada Lampiran.

    Bil Usul Tajuk