Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
59) USIA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR 3 TAHUN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pada bulan Mac 2011 usia Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor tiga tahun. Sejauh manakah kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dalam tempoh 3 tahun ini?
- Pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selama tiga tahun ini telah banyak memberi faedah kepada Negeri Selangor amnya dan rakyat Negeri Selangor khasnya. Antara faedah yang diperolehi adalah melalui program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada Mac 2008. Ia telah dilaksanakan secara berperingkat. Sehingga kini fasa pertama dan kedua program MES sudah dilaksanakan dengan jayanya. Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah dalam merealisasikan program ini melalui program-program yang telah berjaya dilaksanakan iaitu:
- Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang merupakan salah satu program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat negeri Selangor. Program ini adalah bertujuan untuk memberi manfaat kepada semua Anak Selangor dengan perlindungan insurans sehingga berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun, semua anak Selangor ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil caruman di dalam pelaburan ini. Sehingga Februari 2011, seramai 23,229 orang anak kelahiran negeri Selangor yang menepati syarat berjaya diluluskan untuk Program Tabung Warisan Anak
- Program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu pula membolehkan rakyat negeri Selangor yang mempunyai meter individu terus menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu. Kerajaan negeri berusaha meneruskan program air percuma ini kerana ia ternyata membantu mengurangi beban kewangan rakyat dalam perbelanjaan utiliti yang semakin meningkat. Sehingga Februari 2011 sebanyak RM360 juta sudah dibelanjakan untuk dinikmati oleh rakyat
- Dalam program Hadiah Anak Masuk Universiti, Kerajaan Negeri memberikan wang tunai RM1,000 kepada anak Selangor yang mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan. Sehingga Februari 2011, seramai 18,673 orang pelajar telah menerima hadiah RM1,000 setiap orang bagi menampung keperluan semasa mendaftar belajar di Institusi Pengajian
- Program Skim Mesra Usia Emas dilancarkan bagi membantu mengurangi beban kewangan waris warga emas di Negeri Selangor untuk memastikan agar setiap warga emas dan orang kurang upaya (OKU) diberi penghargaan dan penghormatan yang terbaik dan berpatutan. Sehingga Februari 2011, seramai 36,959 orang waris telah menerima faedah
- Bagi pelaksanaan program MES seterusnya, Kerajaan Negeri menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi melaksanakan Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral. Sehingga Disember 2010, royalti yang berjaya dikutip oleh KSSB adalah sebanyak RM23.4
- Program Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang diwujudkan bertujuan memberi bantuan kewangan kepada anak-anak pekerja ladang untuk menyambung pelajaran dalam kursus kemahiran teknikal di INPENS. Sehingga Februari 2011, seramai 5287 orang anak pekerja ladang telah menerima faedah bagi program
- Bagi Program Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), sebanyak 6 buah Pusat Khidmat Krisis Sehenti diwujudkan di Selangor, iaitu di Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Klang dan Hospital Kajang. Program ini diwujudkan untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak bagi kes-kes seperti rogol, liwat, keganasan rumah tangga dan lain- lain kes jenayah. Pusat ini bertindak sebagai first respondent/point of contract bagi kes-kes yang dinyatakan di
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi dalam tempoh tiga tahun tersebut?
- Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah menjangkau usia tiga (3) tahun pentadbirannya. Sepanjang tempoh tersebut, sebagai sebuah kerajaan baru, tidak dinafikan pelbagai cabaran dan halangan telah dialami sepanjang tempoh mentadbir sebuah negeri maju yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama seperti Walau bagaimanapun, segala halangan dan cabaran tersebut bukanlah satu penghalang kepada Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat untuk terus mentadbir Selangor seperti yang diamanahkan rakyat dalam pilihan raya tahun 2008 yang lepas malah ia akan menjadi pemangkin dan semangat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan adil dan saksama.
Kekangan yang dihadapi Kerajaan Negeri ialah usaha untuk mempromosikan program – program pembangunan tersebut tidak dapat disampaikan secara meluas kepada rakyat. Ini kerana terdapat majoriti besar rakyat Selangor yang belum tahu berkenaan program- program pembangunan anjuran Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah menjalankan pelbagai program pembangunan ekonomi, sosial dan masyarakat sepanjang tempoh pemerintahannya. Program – program seperti Program Pembangunan Insan S.P.I.E.S, Program Pendidikan dan Pendidikan Tinggi seperti Program Tuisyen Rakyat dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hub Pengetahuan dan Pendidikan global dan bertaraf dunia, dan pelaksanaan program utama Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES yang kini telah mencapai fasa ketiga pelaksanaannya merangkumi pelbagai aspek pembangunan untuk rakyat negeri Selangor. Dalam masa yang sama, serangan media arus perdana yang tidak menyebelahi program-program pembangunan Kerajaan Negeri akan membantutkan lagi usaha Kerajaan Negeri untuk menyebarkan program-program ini kepada rakyat Selangor.
Menyedari hakikat bahawa terdapat jurang perbezaan fahaman politik yang besar antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Kerajaan Persekutuan, projek-projek pembangunan mega dan berskala besar Kerajaan Persekutuan sebagai contoh Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA di bawah Projek Greater Kuala Lumpur / Klang Valley yang sebahagian besarnya terletak di negeri Selangor, tidak memberikan kelebihan kepada promosi pembangunan Kerajaan Negeri Selangor. Projek River of Life (RoL) iaitu usaha pengindahan dan pembersihan Sungai Klang dalam usaha mengkomersialkan sungai tersebut sebagai salah satu pemacu ekonomi Kuala Lumpur dan Lembah Klang harus diteruskan kedua-dua pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk kepentingan dan keharmonian rakyat.
Selain itu, isu penstrukturan semula air negeri Selangor yang masih tergendala dan gagal diselesaikan akibat ketidaksefahaman antara kedua-dua pihak harus dipandang serius dan diselesaikan dengan kadar segera supaya rakyat Selangor dapat menikmati perkhidmatan air yang lebih bermutu dan efisien. Dalam masa yang sama, isu keengganan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kebenaran kepada Majlis Bandar raya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menubuhkan polis bantuan sendiri dalam usaha membanteras jenayah di sekitar Bandar Petaling Jaya dan menyokong salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA amat mendukacitakan Kerajaan Negeri. Aktiviti membanteras jenayah sepatutnya menjadi tanggungjawab semua pihak tidak mengira fahaman politik dan ideologi dan segala bentuk penambahbaikan kepada rakyat haruslah disokong pelaksanaannya.
Walaupun negeri Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia lengkap dengan kemudahan infrastruktur dan kemajuan ekonomi yang kukuh, peruntukan yang terhad yang disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial tidak membantu bagi memenuhi keperluan rakyat Selangor khususnya. Sepatutnya, dengan sumbangan lebih dari dua puluh satu (21) peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, peruntukan yang lebih patut diberi Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menyokong aktiviti-aktiviti ekonomi negara secara keseluruhan.
-
Apakah usaha yang akan dilakukan bagi mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor?
- Dalam usaha mengukuhkan lagi pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, pelbagai usaha telah dan akan dijalankan Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat negeri Selangor sentiasa menyokong Kerajaan Negeri serta memberikan sepenuh kepercayaan kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi rakyat serta meningkatkan ekonomi negeri. Program utama Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES perlu diperkukuhkan lagi di mana fasa ketiga, keempat dan kelima akan dilaksanakan secara sistematik dari masa ke semasa. Pelaksanaan program MES ini akan menjadi polisi dan teras utama Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor terus dibela. Dalam masa yang sama, usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam mengaplikasikan konsep Kerajaan Telus dan Bertanggungjawab atau “Good Governance” seperti pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI), pelaksanaan Tender Terbuka, serta pelaksanaan Jawatankuasa Terpilih untuk Daya Saing, Pertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) akan memastikan pentadbiran Negeri yang telus dan amanah diteruskan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Selain itu, pelaksanaan “Agenda Selangor untuk Rakyat 2011-2013 ” atau ARUS yang merupakan agenda pembangunan terbaharu Kerajaan Negeri Selangor yang merangkumi segenap aspek ekonomi dan sosial akan memperkukuhkan lagi kepercayaan rakyat kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri dalam membangunkan negeri Selangor dan menjadikan negeri ini yang lebih maju dan berdaya