Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
91) USAHAWAN TANI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pembangunan usahawan tani adalah salah satu agenda negeri dengan peruntukan RM 3.2 juta untuk pembangunan pertanian. Nyatakan bilangan usahawan tani mengikut daerah yang telah dibangunkan?
- Bilangan usahawan tani yang masih berdaya saingan bagi tahun 2010 mengikut daerah adalah seperti berikut:-
Daerah Bilangan Usahawan Tani Sepang 10 Kuala Langat 4 Hulu Langat 6 Klang 2 Petaling 7 Gombak 3 Kuala Selangor 8 Sabak Bernam 19 Hulu Selangor 4 Jumlah 63 -
Apakah bidang-bidang pertanian yang dijadikan fokus dan berdaya maju untuk diceburi ketika ini?
- Bidang-bidang pertanian yang akan dijadikan fokus adalah:-
- Pertanian organik
- Pembangunan pertanian secara integrasi
- Penggunaan efektif mikronisma di dalam sektor ternakan, perikanan dan pertanian
- Bidang-bidang pertanian yang akan dijadikan fokus adalah:-
-
Apakah strategi kerajaan untuk mengembangkan potensi usahawan tani?
- Kerajaan Negeri hanya dapat mengkategorikan usahawan tani yang berpotensi jika seorang usahawan tersebut telah menceburi sesuatu bidang melebihi 2 Usahawan yang berpotensi sebenarnya tidak mengharap bantuan Kerajaan Negeri sepenuhnya. Walau bagaimanapun sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang menjaga kepentingan rakyatnya maka melalui Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dan Jabatan Perikanan Negeri ada menyediakan pelbagai bentuk bantuan yang bersesuaian.
Kerajaan Negeri sedar bahawa hal ehwal keselamatan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, walau bagaimanapun objektif penubuhan unit Polis Bantuan ialah untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam bagi perjalanan Mahkamah Majistret (Munispal) dan lain-lain tugas Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan. Di samping itu, Pasukan Polis Bantuan dapat membantu menjalankan peranan dan tanggungjawab bagi mewujudkan kehadiran Polis dalam kawasan yang kerap berlaku jenayah.