Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

3) USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020?

    Dianggarkan sebanyak 22,884 peniaga telah terkesan kerana pelaksanaan PKP akibat pandemik COVID19. Jumlah ini adalah berdasarkan penerima Pakej Ransangan Ekonomi di bawah bantuan tunai one-off00 kepada peniaga. Manakala di bawah bantuan mikrokredit pinjaman HIJRAH Selangor sebanyak 39,054 peniaga telah terkesan akibat pandemik ini dan telah diberi moratorium pinjaman HIJRAH Selangor selama tiga (3) bulan. Manakala sebanyak 12,516 buah premis PBT telah diberi pengecualian sewa. Perincian pecahan penerima bantuan RM500.00 setiap PBT adalah seperti berikut:

    Manakala perincian bagi peniaga di bawah pinjaman mikrokredit HIJRAH Selangor adalah seperti berikut:

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri membantu golongan ini?

    Kerajaan Negeri telah merangka beberapa insentif dan bantuan bagi mengurangkan impak kepada para usahawan di Negeri Selangor akibat pandemik Covid19. Antara insentif yang diberikan adalah seperti berikut:

    i. Bantuan tunai one-off00 kepada peniaga

    Bantuan ini diberikan kepada peniaga dan penjaja yang berdaftar dengan PBT. Jumlah tanggungan bagi bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM40 juta.

    ii. Pengecualian sewa premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Peniaga yang menyewa di premis PBT diberikan pengecualian sewaan 1 bulan. Jumlah tanggungan bagi bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM12 juta.

    iii. Monotorium pinjaman mikrokredit HIJRAH Selangor.

    Peminjam daripada HIJRAH Selangor diberi penangguhan bayaran pinjaman selama 3 bulan. Jumlah tanggungan bagi bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM70 juta.

    Berikut merupakan perincian peminjam mengikut daerah , sektor dan jantina:

    iv. Selangor Advance

    Selangor Advance ialah program yang memberi kemudahan aliran tunai dan modal operasi pembekal/penyedia perkhidmatan yang berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor sahaja. Kaedah yang dilaksanakan adalah melalui kemudahan pembiayaan pemfaktoran-i.  Para pembekal / penyedia perkhidmatan tersebut boleh memohon untuk menyertai program secara atas talian di www.selangoradvance.com.my dan boleh mula memohon untuk pembayaran awal atas nilai invois setelah mendapatkan kelulusan untuk mengambil bahagian.

    v. E-Kitchen atau Platform Selangor (PLATS)

    PLATS merupakan platform perniagaan atas talian yang diadakan pada bulan Ramadhan khusus menjual juadah dan makanan pada bulan puasa. Platform ini menggantikan bazar Ramadhan yang acapkali dianjurkan setiap tahun menjelang Ramadhan.  Seramai 90 usahawan telah menyertai PLATS dan telah mencapai nilai jualan sebanyak RM1.067 juta.  Kos infrastruktur penganjuran PLATS adalah sebanyak RM600,00.00.

    vii. Selangor E-Bazar Raya bersama Shopee

    Inisiatif Selangor E-Bazar Raya dijalankan dengan kerjasama platform atas talian Shopee dengan bertujuan menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan bagi memasarkan produk secara dalam talian dan menjana sumber pendapatan di musim perayaan. Ia juga memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya untuk mendapatkan persiapan perayaan Aidilfitri  pada harga yang berpatutan.

    vii. Latihan keusahawanan

    Selain itu, melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan terdapat latihan keusahawan bagi mereka yang ingin mempelajari dan mentrasformasi perniagaan secara atas talian.  Peralihan kepada digitalisasi sangat penting kepada usahawan bagi mengekalkan momentum perniagaan.

    Seramai 6,400 usahawan telah menyertai program ini secara percuma. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta dalam bentuk baucer diskaun dan telah berjaya menjana sebanyak RM8.7 juta Gross Merchant Value (GMV).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.