Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
309) USAHAWAN MUDA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada usahawan muda?
Kerajaan Negeri Selangor sangat komited di dalam membantu usahawan- usahawan Negeri Selangor. Bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah terbuka kepada semua golongan. Setiap usahawan Negeri Selangor yang berusia 18 tahun dan ke atas sehingga umur 55 tahun berhak untuk memohon bantuan-bantuan keusahawanan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, usahawan di Negeri Selangor tidak dikategorikan mengikut kategori belia, remaja, muda ataupun warga emas, orang kelainan upaya dan ibu tunggal sebaliknya di kategorikan mengikut kelas perusahaan iaitu Perusahaan Mikro, Kecil ataupun Terdapat banyak bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada usahawan-usahawan Negeri Selangor dan diantaranya adalah seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
Senarai Diantara Bantuan / Program Keusahawanan
Bil. Nama Program 1 Penang International Halal Expo & Convention 2 Program 4P – Modul 2 3 Program 4P – Modul 3 4 Seminar “Globalization and Economic Community, is Malaysia Ready?” 5 Malaysia International Halal Show 2014 6 Taklimat Pembiayaan Perniagaan (AGROBANK) 7 Taklimat Halal – JAIS 8 Taklimat MeSTI – KKM 9 Seminar Peluang Perniagaan Barangan China dan Vietnam Bersama Farouk Hussin 10 Kursus Peningkatan Jualan Melalui “Facebook Marketing” 11 Taklimat Pembiayaan Perniagaan (SME BANK) 12 Seminar Kepentingan Pendaftaran Syarikat SSM 13 Taklimat Panduan Mengeksport oleh MATRADE & Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) oleh MITI 14 Bengkel Penulisan Kertas Kerja Perniagaan (PUNB) 15 HALAFEST 16 Mangkin Keusahawanan Diri (MKD) 17 Bengkel Pengurusan Kewangan (BPK) 18 Program Penghargaan Peserta (PPP) Zon 1 19 Program Penghargaan Peserta (PPP) Zon 3 20 Program Penghargaan Peserta (PPP) Zon 2 21 Bengkel Membina Perniagaan yang Berjaya 22 Program SPIES Zon 1 23 Progam SPIES Zon 3 24 Bengkel Membina Website 25 Bual Biz Santai : Nikmat Rahsia Kegagalan dalam perniagaan 26 Bengkel Pelan Perniagaan Usahawan 27 Program Usahawan 28 Taklimat Produk/Hub Halal 29 Program Usahawan 30 Bengkel Pelan Perniagaan Usahawan 31 Promasa (Usahawan Separuh Masa) 32 Bengkel Membina Website 33 Seminar Kenali Karektor Diri 34 Bengkel Kertas Kerja Usahawan 35 Program Taklimat Usahawan 36 Taklimat Penerangan Food Safety & Halal Toyyiban 37 Kursus Pra Kelulusan (KPK Fasa 52) 38 Kursus Pra Kelulusan (KPK Fasa 53) 39 Bengkel Pengurusan Kewangan Usahawan 40 Kursus Pra Kelulusan (KPK Fasa 54) & Bengkel Usahawan 41 Kursus Pra Kelulusan (KPK Fasa 55) & Bengkel Usahawan 42 Kursus Pra Kelulusan (KPK Fasa 56) & Bengkel Usahawan 43 Bengkel SMART BIZ 44 Kursus Pra Kelulusan (KPK Fasa 57) & Bengkel Usahawan 45 Bengkel FB Marketing for Business Siri 1 46 Kursus Pra Kelulusan (KPK Fasa 58) & Bengkel Usahawan 47 Kursus Pra Kelulusan (KPK Fasa 59) & Bengkel Usahawan 48 Bengkel FB Marketing for Business Siri 2 49 Bengkel Penjenamaan Produk /Label/Packaging 50 Kursus Survival Mikro-Niaga 1.0 (SMN Fasa 60) 51 Kursus Survival Mikro-Niaga 2.0 (SMN Fasa 61) 52 Seminar ICT For Growth 53 Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan Efektif 54 Bengkel Penyediaan Perakaunan Perniagaan Kecil dan Sederhana 55 Seminar Inspirasi Usahawan: Usahawan Muslim Profesional 56 Program Mudahcara Pensijilan Halal 57 Kursus Pengendalian Makanan dan Kesedaran Halal 58 Bengkel Transformasi Usahawan Niaga 59 Seminar ‘Kenapa Bisnes?’ 60 Bengkel Transformasi Usahawan Niaga Sesi 2 61 Kursus Borong China dan Pemasaran Secara Online 62 Program Mudahcara Pensijilan Halal Sesi 2 63 Kursus Imej Profesional dan Etiket Bisnes 64 Kursus Pengendalian Makanan Sesi 2 65 Kursus Hartanah 66 Kursus Kenali Potensi Diri 67 Kursus Kek (Sesi 1) 68 Kursus Kek (Sesi 2) 69 Kursus Gubahan Bunga Segar 70 Kursus Apam Balik dan Kek Sarang Semut 71 Kursus Makanan Tradisional 72 Kursus Perakaunan dan Simpan Kira 73 Kursus MESTI (Sesi 1) 74 Kursus MESTI (Sesi 2) 75 Kusus Pastri Pizza dan Puding Nangka 76 Kursus Sejuk Beku 77 Kursus Kek dan Foundant 78 Kursus Membuat Kek 79 Kursus Kraft dan Gubahan Bunga 80 Kursus Biskut 81 Kursus Natural Farming 82 Kursus Kraftangan 83 Kursus Frozen Food 84 Kursus Laksa 85 Kursus Coklat (Sesi 1) 86 Kursus Coklat (Sesi 2) 87 Kursus Bakery, Pastry, & Puff 88 Kursus MESTI 89 Kursus Kuih Tradisional 90 Kursus Sejuk Beku 91 Kursus Dekorasi dan Gubahan Kek 92 Kursus Perakaunan dan Simpan Kira 93 Kursus Pastry 94 Demo Sejuk Beku (Program Luar) 95 Kursus Roti dan Pau 96 Kursus Kraftangan 97 Kursus Kuih Tradisional 98 Kursus Makanan Barat 99 Kursus Mee Kuning 100 Kursus Kek Moden 101 Kursus Soya dan Cincau 102 Kursus Mee dan Cendol 103 Kursus Roti Asas 104 Kursus Congo Bar -
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mempertingkatkan jumlah usahawan muda?
Berpandukan daripada Laporan Ekonomi 2012/2013, 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akan Facebook dengan lebih 80% melayari internet untuk mengakses facebook. Golongan muda adalah golongan yang paling aktif melayari facebook. Sehubungan itu, pada tahun 2014, Kerajaan Negeri telah menganjurkan sebanyak 3 siri Bengkel Peningkatan Jualan Melalui Facebook. Ini adalah untuk menggalakkan lagi dan mempertingkatkan jumlah orang muda untuk menceburi bidang perusahaan yang semakin hari semakin mudah dengan pasaran yang semakin luas dan kemudahan di hujung jari (on- line). Bengkel yang dijalankan ini bukan sahaja menggalakkan usahawan muda untuk menceburi bidang perusahaan, malahan ia juga turut membantu usahawan muda yang telah bergiat aktif di dalam pasaran secara on-line terutamanya Facebook untuk lebih berdaya saing dengan memperkenalkan “skills” dan “trick” facebook untuk memastikan “post” facebook yang dibuat oleh usahawan muda mencapai lebih ramai golongan sasaran yang dikehendaki.
-
Senaraikan perusahaan baru yang telah berjaya dibawah manfaat bantuan kerajaan negeri?
Kerajaan Negeri telah mewujudkan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor. Peranan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor adalah memberi bantuan dan sokongan kepada usahawan-usahawan yang telah memulakan perniagaan mereka. Kerajaan Negeri tidak memberikan bantuan memulakan perniagaan. Kerajaan Negeri menetapkan tempoh kelayakan sesuatu perniagaan itu untuk mendapatkan bantuan adalah telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun dari taripermohonan. Inikh kerana tempoh 2 tahun tersebut adalah tempoh yang munasabah untuk menilai sama ada sesuatu perusahaan itu mampu bertahan dan berkembang ataupun Berpandukan rekod yang ada, Kerajaan Negeri telah memberi bantuan kepada hampir 24,794 usahawan di sepanjang tahun 2008 hingga 2014.