Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
50) USAHAWAN MUDA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membantu usahawan muda di Selangor pada tahun 2016
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatakuasa Tetap Pembangunan Usahawan telah merancang insentif- insentif dan program-program yang boleh melonjakkan pembangunan usahawan-usahawan mikro. Sehingga kini, sebanyak RM2.6 juta telah dibelanjakan bagi tujuan bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS), latihan keusahawanan dan mempromosikan produk-produk usahawan melalui penganjuran karnival usahawan serta penglibatan di dalam ekspo tempatan dan bertaraf antarabangsa. Bilangan usahawan muda yang terlibat adalah seperti berikut:
Bilangan Usahawan Muda
Bil Perkara Jumlah Usahawan 1. Dana Usahawan Mikro 95 2. Latihan keusahawanan 200 3. Karnival /ekspo /pameran tempatan dan bertaraf antarabangsa 800 Jumlah 1,095 -
Apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri bagi menggalakan lebih ramai lagi usahawan muda di Selangor?
Kerajaan Negeri telah merangka bajet sebanyak RM23 juta dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) bagi pelan jangkamasa 5 tahun bagi memampankan lagi industri usahawan mikro. Bajet ini adalah untuk menjalankan program keusahawanan bagi menggalakkan serta melahirkan usahawan- usahawan yang berkaliber dan berdaya saing di negeri Selangor. Program –program yang dirancangkan adalah seperti berikut:
Bantuan Dana Usahawan Mikro
- Mengukuhkan perniagaan / perusahaan mikro melalui peningkatan produktiviti. Selain itu ia membuka peluang kepada usahawan mikro untuk mempelbagaikan dan mengkomersialkan produk.
- Latihan Keusahawanan
Merangkumi bengkel, ceramah dan seminar keusahawanan dalam meningkatkan kemahiran menjalankan dan mengembangkan perniagaan.
iii)Promosi Usahawan
- Melalui penyertaan ekspo/pameran tempatan dan antarabangsa. Selain itu penganjuran karnival ini adalah bagi menggalakkan usahawan mempromosikan produk keluaran mereka.
- 4P – Program Pembangunan Peningkatan Produk Usahawan Dan Rekabentuk Pembungkusan Produk.
- Sebagai platform untuk membantu usahawan membangun dan meningkatkan produk khususnya dalam bidang pembuatan industri makanan dan minuman agar lebih berdaya saing bagi menempatkan produk di pasaran tempatan dan antarabangsa.