Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

59) USAHAWAN LEMBAH JAYA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan kawasan khas atau geran kepada usahawan kecil dan penjaja di kawasan Lembah Jaya?

    MPAJ sentiasa peka dan mengambil maklum mengenai perkara tersebut. Sehingga kini, MPAJ telah menyediakan beberapa kawasan bagi aktiviti perniagaan kepada usahawan kecil dan penjaja di kawasan Lembah Jaya, antaranya adalah seperti berikut:

     

    Bil. Jenis Perniagaan Jumlah
          i. Penempatan Penjaja Sementara (PPS) 8 lokasi (104 petak, 312 sesi)
        ii. Mykiosk KPKT@ MPAJ 24 unit (baru)
       iii. Gerai UPEN Taman Bukit Indah 1 lokasi
       iv. Medan Selera Taman Bukit Indah 1 lokasi
        v. Pasar malam 5 lokasi

     

    Bagi penyediaan kawasan khas yang baru perlu mendapat kelulusan mesyuarat di peringkat MPAJ.

    Untuk makluman, MPAJ sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan agensi swasta dalam memberi pelbagai inisiatif kepada usahawan kecil di kawasan pentadbiran, antaranya adalah seperti berikut:

    1. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri – Kerjasama dengan Perkeso.
    2. Bantuan Kewangan dan Pembukaan Akaun Bank – Kerjasama dengan Maybank dan Agrobank.
    3. Kursus Usahawan – Kerjasama dengan PLATS Selangor.

    Oleh yang demikian, pemberian geran khas adalah tertakluk kepada arahan daripada kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.