Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
13) USAHAWAN KECIL NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri memperkenalkan kursus untuk usahawan kecil? Mohon senaraikan nama kursus dan bilangan penyertaan.
Setiap tahun Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan ada menyediakan pelbagai jenis kursus untuk usahawan. Tawaran kursus ini adalah terbuka kepada semua usahawan di Negeri Selangor. Setiap sesi kursus akan di tawarkan kepada 50-100 usahawan sahaja. Tawaran tempat adalah terhad mengikut kesesuaian usahawan dan jenis kursus yang ditawarkan dan bagi memastikan keberkesanan impak kursus kepada peserta. Berikut merupakan jenis kursus yang ditawarkan kepada usahawan bagi tahun 2019:
Bil
Nama kursus/seminar
Peserta
Catatan
1. Bengkel Facebook Beginner & Teknik Asas Fotografi – Smartphone Untuk Pemasaran
50 orang Telah laksana
2. Seminar Peningkatan Jualan Melalui Online “Revolusi Perniagaan Internet”
50 orang Telah laksana
3. Bengkel Advance Smartphone Photo And Videography Editing
50 orang Telah laksana
4. Kursus Advance Facebook Marketing – Targeting Strategies
50 orang Telah laksana 5.
Kursus (Insken)- Melonjakkan Jualan Dengan Pengesahan Pasaran Yang Berkesan – Product And Market Validation
30 orang Telah laksana Bil
Nama kursus/seminar
Peserta
Catatan
6.
Kursus Pengurusan Perniagaan Dan Kewangan Kepada Peniaga Kecil & Sederhana
60 orang Telah laksana 7. Taklimat Elakkan Disenaraihitam 80 orang
Telah laksana 8. Perundangan Syarikat Kepada Peniaga Kecil Dan Sederhana 60 orang Belum laksana 9.
Kursus Strategi Pemasaran “Business Model Canvas (Bmc)” 2019 100 orang
Belum laksana 10.
Bengkel Mangkin Keusahawanan Diri (MKD) 100 orang
Belum laksana 11.
Kursus Women In Business Leadership (Roses) Bersama We Initiative 50 orang
Belum laksana -
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang dan peluang kepada usahawan kecil bagi membawa produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi?
Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah dana setiap tahun bagi memperkasakan dan melahirkan usahawan berjaya di dalam Negeri Selangor. Program sebegini adalah usaha untuk memberi value added kepada produk tempatan agar dapat meluaskan pasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ke pasaran antarabangsa (market penetration and expansion). Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri mengadakan Program Pembungkusan Produk Made In Selangor (MIS) kepada usahawan yang sudah bersedia untuk mempertingkatan mutu pembungkusan dan pensijilan produk. Peserta yang mengikuti program ini akan menerima pensijilan produk, rekabentuk jenama, pendaftaran jenama (MyIPO) dan cetakan pembungkusan yang
Selain itu, bagi mengembangkan lagi permintaan pasaran terhadap produk usahawan di Negeri Selangor Kerajaan Negeri turut mengadakan ekspo dan pameran. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menyediakan platform promosi dengan menyertai ekspo dan pameran tempatan yang bertaraf antarabangsa seperti Penang International Halal Expo Conference (PIHEC), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) dan Selangor International Expo (SIE) dan usahawan yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/ pameran ini bagi mewakili delegasi Negeri Selangor. Penganjuran ekspo dan pameran ini telah memberi ruang kepada usahawan dalam meluaskan pasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun ini, buat kali ketiga (3) Kerajaan Negeri akan menyertai pameran antarabangsa ke China ASEAN Expo (CAEXPO) pada 19-23 September 2019
di Nanning, China anjuran People’s Government of Guangxi Zhuang Autonomous Region dan ditaja oleh Ministry of Commerce, P.R.China. Kerajaan Negeri Selangor menyertai pameran ini melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang merupakan badan yang berperanan untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ekspot terhadap produk keluaran Malaysia. Pada tahun 2019, seramai 10 usahawan yang mempunyai produk yang boleh dikembangkan ke pasaran luar telah dipilih mewakili Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan kelebihan kepada peserta-peserta daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk memohon bantuan perniagaan seperti Skim Mikrokredit Usahawan dan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?
Program Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) diberikan kepada usahawan mikro melalui sembilan (9) daerah di Negeri Selangor. Dana ini merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Setiap tahun sekurang- kurangnya 100 usahawan menikmati manfaat daripada bantuan
Setiap daerah diperuntukkan sebanyak RM250,000.00 untuk program bantuan DUMS. Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan yang ditetapkan berpeluang untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.00. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:-
- Rakyat Negeri Selangor atau pun yang telah bermastautin lebih daripada 10 tahun;
- Perusahaan dijalankan di Negeri Selangor;
- Berumur antara 18 – 55 tahun;
- Nilai jualan kurang daripada RM300,000.00 atau bilangan pekerja 2-5 orang;
- Perusahaan telah dan masih beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun;
- Perusahaan dijalankan sepenuh masa; dan
- Perusahaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Manakala Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan sebahagian daripada empat puluh dua (42) Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Kerajaan Negeri Selangor untuk mengupayakan masyarakat keluar daripada kitaran kemiskinan. Program ini dilaksanakan melalui Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi.
Matlamat utama program ini ialah untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. Program bantuan ini terbuka kepada semua pemohon yang ditetapkan.
menepati syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Pada masa ini, peserta daripada PWB adalah layak memohon dan penyertaan mereka amatlah dialu- alukan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.