Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
21) USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan dan kejayaan Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani setakat ini?
Perkembangan dan kejayaan Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Selangor diukur berdasarkan kepada purata pendapatan per bulan per usahawan yang dibimbing disamping peningkatan bilangan usahawan yang dilahirkan.
Sasaran Jabatan adalah untuk memastikan purata pendapatan bersih per bulan per usahawan mencapai RM4,000. Purata pendapatan usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dari tahun 2011 hingga 2014 adalah seperti berikut:
Tahun Bilangan usahawan Purata pendapatan bersih per usahawan per bulan 2011 518 RM10,814 2012 720 RM9,029 2013 772 RM6,217 -
Berapakah peruntukan yang disediakan?
Peruntukan yang diterima oleh Jabatan untuk program Industri Asas Tanah adalah sebanyak RM1,252,000.00 (RM1.252 juta)
Maklumat Tambahan: Peruntukan yang diterima oleh Jabatan sepanjang RMK 10 (2011-2014)adalah seperti berikut:
Projek/Butiran 2011 2012 2013 2014 Pemprosesan makanan 300,000 500,000 230,000 230,000 Pemprosesan makanan tradisional
100,000 200,000 166,000 166,000 Pembangunan kraftani
50,000 50,000 50,000 50,000 Pembangunan produk baru 100,000 300,000 66,000 66,000 Memajukan IAT bukan makanan 80,000 100,000 73,000 73,500 Pembangunan makmal PKT daerah
500,000 300,000 33,000 33,000 Pembangunan kemudahan promosi dan pembungkusan 200,000 300,000 333,000 333,500 Pembangunan modal insan usahawan 500,000 300,000 300,000 300,000 JUMLAH 1,830,000 2,050,000 1,251,000 1,252,000 -
Nyatakan statistik mereka yang menyertai program ini mengikut DUN?
- Statistik usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor mengikut DUN adalah seperti berikut:
BILANGAN USAHAWAN IAT BERDAFTAR JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR MENGIKUT DUN
SEHINGGA MAC 2014
DAERAH PARLIMEN DUN JUMLAH USAHAWAN GOMBAK Gombak Batu Caves 18 Gombak Setia 15 Hulu Kelang 8 Selayang Kuang 6 Rawang 7 Taman Templer 3 PETALING Kelana Jaya Seri Setia 1 Subang Jaya 0 Petaling Jaya Selatan Bukit Gasing 0 Taman Medan 3 Petaling Jaya Utara Damansara Utama 0 Kampung Tunku 2 Puchong Kinrara 8 Seri Serdang 8 Serdang Balakong 0 Bangi 0 Seri Kembangan 6 Shah Alam Batu 3 7 Kota Anggerik 8 Subang Bukit Lanjan 1 Kota Damansara 9 Paya Jaras 6 HULU LANGAT Ampang Bukit Antarabangsa 0 Lembah Jaya 3 Hulu Langat Dusun Tua 27 Kajang 43 Semenyih 15 Pandan Chempaka 0 Teratai 0 HULU SELANGOR Hulu Selangor Batang Kali 41 Hulu Bernam 37 Kuala Kubu Bharu 15 KLANG Kapar Meru 25 Selat Klang 5 Sementa 6 Sungai Pinang 0