Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
185) USAHAWAN DESA DAN KG. TRADISI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah manfaat program pembangunan usahawan desa dan kampung tradisi?
Kerajaan Negeri sangat komited untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung di Negeri Selangor. Bermula tahun 2008, pelbagai program dijalankan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di bandar dan di desa khususnya. Melalui pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor: Kursus Kemahiran Jangka Pendek yang diadakan pada tahun 2015, penglibatan daripada peserta adalah seramai 600 orang. Program ini pada dasarnya bertujuan untuk memberi pengetahuan dan tambah nilai dari segi kemahiran kepada belia atau masyarakat di desa yang tidak berpeluang untuk meneruskan pengajian secara formal serta memberi peluang kepada masyarakat di desa yang berminat untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Program ini telah dilaksanakan melalui kerjasama dengan INPENS International College dan Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (ITKAU) pada bulan Ogos dan September tahun 2015. Jumlah peruntukan adalah sebanyak RM210,124.00.
Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor: Industri Komuniti Kampung pula telah dilaksanakan pada bulan November tahun 2015. Pada tahun 2016, program ini telah diteruskan pelaksanaan berdasarkan maklum balas positif yang diperoleh daripada para peserta. Pada dasarnya, program ini merupakan lanjutan Kursus Kemahiran Jangka Pendek yang bertujuan memberi pengetahuan dan tambah nilai dari segi kemahiran kepada belia atau masyarakat di desa yang tidak berpeluang untuk meneruskan pengajian secara formal serta memberi peluang kepada masyarakat di desa yang berminat untuk menceburkan diri di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Pada tahun 2015, program ini telah dihadiri oleh 95 orang peserta dengan jumlah peruntukan sebanyak RM793,300.00. Manakala pada tahun 2016, program ini telah disertai oleh 105 orang peserta yang melibatkan kos sebanyak RM992,500.00. Pada masa ini hampir kesemua peserta bagi program Industri Komuniti Kampung telah memulakan perniagaan masing-masing dan memperoleh peningkatan pendapatan lebih 30%.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600,000.00 pada tahun 2015 untuk melaksanakan Program 1 Daerah 1 Inkubator. Program ini dicadangkan untuk memberdayakan ekonomi warga desa dan kampung tradisi. Program ini juga akan meningkatkan taraf sosial rakyat Negeri Selangor ke arah kesejahteraan negeri. Inkubator yang disediakan adalah melibatkan kursus-kursus seperti berikut :
Daerah Jenis Inkubator Klang Penyaman Udara & Pendawaian Elektrik Kuala Langat Pusat Kecantikan, Dandanan Rambut & Jahitan Sabak Bernam Bengkel Motosikal Hulu Selangor -
Nyatakan jumlah peruntukan untuk menjayakan program ini dari tahun 2010-2015.
Untuk makluman, Program Pembangunan Usahawan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor mula dilaksanakan pada tahun 2015 melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM1,603,424.00.