Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

242) USAHAWAN BELIA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dan insentif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan golongan belia dalam bidang keusahawanan?

    a) dan b

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menawarkan bantuan kepada semua kategori umur usahawan di negeri ini. Pelbagai insentif disediakan berbentuk geran, program promosi dan latihan pembangunan Usahawan untuk memperkasakan lagi usahawan di Negeri Selangor. Pelan ini dirangka untuk jangkasama lima (5) tahun dan akan dikemaskini setelah tempoh tersebut untuk melihat keberkesanan dan penambahbaikan. Program-program yang dijalankan bagi membantu  usahawan tempatan adalah seperti berikut:

     

    1. Dana Usahawan Mikro Selangor

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan memberikan bantuan kepada industri mikro di mana ia ditakrifkan sebagai perniagaan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000.00 dan mempunyai 2 hingga 5 orang pekerja tetap. Fokus Pembangunan Usahawan adalah untuk  memberi  bantuan  kepada  pengusaha  mikro   melalui   sembilan   (9)   daerah di Negeri Selangor. Dana Usahawan Mikro Selangor merupakan program khas yang memberi focus untuk membantu usahawan – usahawan Industri Mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

     

    • Skop Bantuan

     

    Setiap     tahun    Kerajaan    Negeri     memperuntukkan    sebanyak RM200,000.00 bagi setiap daerah untuk menyalurkan bantuankepada pemohon yang layak. Seorang pemohon layak menerima bantuan sehingga RM30,000.00. Skop bantuan adalah seperti berikut:

     

    • Bantuan pembelian mesin / peralatan / perkakasan;

     

    • Meningkatkan kualiti premis/perniagaan iaitu mengubahsuai/menaiktaraf;

     

    • Pembiayaan sebahagian kos penyertaan usahwan ke ekspo jualan dan promosi di dalam dan luar negara;

     

    • Pembiayaan sebahagian kos untuk pembangunan produk dan pensijilan seperti ujian nutrisi, pendaftaran cap dagang, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek, persijilan GMP, HALAL, HACCP, ISO dan lain-lain dalam mematuhi standard nasional, antarabangsa dan menembusi pasaran global; dan

     

    • Lain-lain keperluan yang mempunyai nilai tambah dan mampu melonjakkan pembangunan usahawan mikro di negeri
    1. Promosi

    Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menyediakan platform promosi dengan menyertai ekspo dan pameran tempatan yang bertaraf antarabangsa seperti Penang International Halal Expo Conference (PIHEC), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), Selangor International Expo (SIE) dan Malaysia Halal Festival (HALFEST). Usahawan yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/ pameran ini bagi mewakili delegasi Negeri Selangor.

    Penganjuran ekspo dan pameran ini telah memberi ruang kepada usahawan dalam meluaskan pasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ke peringkat antarabangsa. Usahawan yang paling berjaya pada tahun 2016 adalah Syarikat Inspire Human Capital Development Sdn Bhd yang menghasilkan produk kerepek seaweed jenama Teego semasa pameran MIHAS yang berlangsung pada 30 Mac – 2 April 2016. Syarikat ini telah  memperolehi  kontrak pembekalan ke 3 buah negara iaitu Dubai, Jeddah dan Jepun. Pada PIHEC 2017 yang berlangsung pada 24 – 26 Februari 2017, Syarikat

    Dhuha Tensai Resources yang menjual makanan Korea telah mendapat tempahan daripada Singapura. Manakala syarikat Bio- Haruantech (M) Sdn. Bhd. di bawah label Rezza Brand yang menjual pelbagai produk mi segera telah mendapat tempahan daripada Singapura, Brunei, Hong Kong, China dan Korea. Selain itu, pada MIHAS 2017 yang berlangsung pada 5 – 8 April 2017, Syarikat Yusa Food Products Sdn. Bhd. telah mendapat tempahan daripada Singapore, Vietnam, China dan kini sedang dalam perbincangan bersama syarikat daripada United Kingdom.

    Pada tahun ini, buat pertama kali Kerajaan Negeri telah menyertai pameran antarabangsa ke China ASEAN Expo (CAEXPO) 2017 pada

    12 hingga 15 September 2017 di Nanning, China anjuran People’s Government of Guangxi Zhuang Autonomous Region dan ditaja oleh Ministry of Commerce, P.R. China. Kerajaan Negeri Selangor menyertai pameran ini melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memandangkan badan ini berperanan untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ekspot terhadap produk keluaran Malaysia. Seramai lima (5) usahawan yang mempunyai produk yang boleh dikembangkan ke pasaran luar telah dipilih mewakili Negeri Selangor. Pada pameran ini sekurang-kurang 2 hingga 6 syarikat daripada China telah menunjukkan minat terhadap produk usahawan Negeri Selangor. Penganjuran ekspo dan pameran ini telah memberi ruang kepada usahawan dalam meluaskan pasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ke peringkat antarabangsa.

    • Kursus/Latihan

    Kursus yang dijalankan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan adalah merangkumi latihan yang memberi fokus kepada pembangunan perniagaan, pengurusan kewangan, pemantapan produk dan strategi pemasaran.

    • Program Pembungkusan Produk Made In Selangor

    Untuk membawa produk ke tahap yang lebih tinggi Kerajaan Negeri telah mengadakan program ini khususnya kepada usahawan yang sudah bersedia meluaskan pasaran ke pasaraya rantaian dan ke peringkat antarabangsa. Program kerjasama dengan SIRIM Berhad ini memberi peluang kepada peserta untuk mengikuti program yang telah direncana khas bagi pembangunan pembungkusan produk. Peserta juga akan menerima pensijilan produk, carian jenama dan cetakan pembungkusan.

     

     

    • Pinjaman HIJRAH Selangor

    Agensi ini menawarkan pinjaman kepada usahawan di peringkat permulaan. Ia merangkumi tiga perkhidmatan dalam satu urusniaga yang meliputi pinjaman, tabungan dan pelaburan. Pinjaman ini menawarkan modal tambahan mengikut skim dan berperingkat seperti berikut:

    Bil Skim Jumlah pinjaman
    1. Skim 1 RM1,000.00 – RM5,000.00
    2. Skim 2 RM6,000.00 – RM10,000.00
    3. Skim 3 RM15,000.00 – RM20,000.00
    4. Skim 4 RM30,000.00 – RM50,000.00.

     

  2. Nyatakan pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk membina kelompok usahawan belia yang berjaya

Lampiran

Tiada Lampiran.