Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
35) USAHAWAN BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2008 Ð 2013?
Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor tidak mengkhususkan peruntukan khas kepada Usahawan Belia. Peruntukan ataupun bantuan dan program yang dianjurkan adalah terbuka kepada semua usahawan Negeri Selangor yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun. Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan bagi dari tahun 2008 hingga 2013 adalah sebanyak RM7,628,936.23.
BIL
TAHUN
PERBELANJAAN (RM)
1 2008 890,381.13 2 2009 1,526,693.60 3 2010 1,612,812.00 4 2011 1,034,877.79 5 2012 1,324,179.71 6 2013 1,239,992.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM)
7,628,936.23
-
Senaraikan usahawan yang telah dibantu oleh kerajaan negeri mengikut DUN?
Jumlah keseluruhan usahawan yang telah dibantu di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor dan agensi-agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan berkaitan seperti MiMBAR, SKIMSEL, Bahagian Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Unit-unit Industri Asas Tani dan Industri Asas Ternakan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan pejabat Pertanian Daerah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Jabatan Perikanan Negeri dan Pejabat Perikanan Daerah adalah seramai 10,797 orang. Senarai usahawan yang telah di bantu adalah seperti di Lampiran A. Pecahan bantuan (pemberian bantuan) tidak dibuat mengikut DUN sebaliknya mengikut daerah dan tiada had yang ditetapkan untuk setiap daerah, bantuan bergantung kepada bilangan permohonan yang diterima, dan
-
Bagaimana pemantauan prestasi dibuat untuk memastikan usahawan baru berjaya?
Sehingga bulan Julai 2013 pemantauan prestasi yang dilakukan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan terhadap penerima-penerima bantuan adalah secara lawatan tapak pada tahun kedua selepas penerima bantuan menerima bantuan. Mulai Ogos 2013, Pemantauan Prestasi di buat menggunakan kaedah Laporan Nilai Hasil Jualan yang mana penerima bantuan dikehendaki untuk mengemukakan laporan tersebut kepada Urusetia Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor setiap 3