Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
64) USAHAWAN BARU
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah usahawan baru telah dikeluarkan sepanjang tempoh 2010 dan jumlah peruntukan yang dikeluarkan bagi membantu bidang tersebut.
Tiada peruntukan khas yang diperuntukkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan bagi melahirkan usahawan baru. Ini kerana peruntukan yang disediakan sekarang adalah untuk usahawan-usahawan yang sedia ada iaitu sekurang- kurangnya telah 3 tahun beroperasi untuk mengembangkan perniagaan. Kerajaan Negeri tidak menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan baru. Walau bagaimanapun usahawan baru atau mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan bolehlah memohon bantuan dari Skim Mikro Kredit Selangor melalui Yayasan Dar Al Qard Al Hassan Selangor atau Mimbar Negeri Selangor