Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

68) USAHAWAN AGRO GENERASI MUDA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sasaran Kerajaan Negeri melahirkan 50 orang usahawan agro generasi muda tercapai?

    Kita menjangkakan program untuk melahirkan sekurang-kurangnya 50 usahawan agro generasi muda akan tercapai selewat-lewatnya tahun 2018 memandangkan ianya melibatkan prosedur kelulusan tanah-tanah milik Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, pada ketika ini kita telah pun mengenal pasti sekurang-kurangnya seramai 127 usahawan agro generasi muda yang sudah memulakan projek-projek pertanian seperti akuakultur, penternakan dan

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mereka yang berjaya?

    Perancangan Kerajaan Negeri untuk mereka yang telah berjaya adalah untuk menjadikan mereka sebagai mentor kepada golongan usahawan generasi muda yang berminat tetapi masih belum memulakan projek mereka. Selain dari itu, Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatan yang berkaitan akan membantu mereka dari segi menyalurkan maklumat-maklumat terkini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hasil pengeluaran dan seterusnya sehingga mereka dapat mengeksport hasil keluaran mereka yang memerlukan mereka untuk mencapai piawaian

  3. Nyatakan kawasan yang telah dikenalpasti untuk projek berkenaan?

    Secara dasarnya, kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti untuk dimulakan projek berkenaan adalah di Daerah Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu

Lampiran

Tiada Lampiran.