Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
225) USAHAWAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah kos yang telah dibelanjakan bagi tujuan perlaksanaan Program Pembangunan Usahawan sepanjang 2012 - 2014?
Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan sepanjang 2012-2014 adalah sebanyak RM86,438,792.04. Perincian pecahan perbelanjaan adalah seperti di Lampiran 1.
LAMPIRAN 1
JUMLAH PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN JABATAN / AGENSI
BIL JABATAN / AGENSI 2012 (RM) 2013 (RM) 2014 (RM) PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN 1. UPEN SELANGOR 2,050,000.00 1,324,179.71 2,200,000.00 1,552,007.00 2,200,000.00 678,312.00 2. JAB. PER. VETERINAR 460,000.00 457,121.00 215,000.00 197,620.20 1,450,000.00 1,450,000.00 3. PERTANIAN 2,050,000.00 2,036,721.66 1,206,033.00 1,249,549.79 1,208,046.00 792,867.68 4. KDEB 141,857.00 159,393.00 1,096,850.00 5. PKNS 2,552,400.00 2,589,560.00 2,557,400.00 2,595,210.00 3,893,000.00 2,285,200.00 6. MIMBAR 7. SKIMSEL 4,000,000 26,431,500.00 4,966,600 19,599,950.00 2,000,000 21,942,750.00 JUMLAH 11,112,400.00 32,839,082.37 11,145,033.00 25,353,729.99 10,751,046.00 28,245,979.68 Peruntukan. RM33,008,479.00 Perbelanjaan RM86,438,792.04
Bilangan usahawan baru Jabatan/agensi
BIL JABATAN / AGENSI Bilangan usahawan 1. UPEN SELANGOR 615 2. JAB. PER. VETERINAR 4 3. PERTANIAN 873 4. KDEB 446 5. PKNS 2210 6. MIMBAR 254 7. SKIMSEL 6398 TOTAL 8144 -
Berapakah bilangan usahawan baru yang telah berjaya dilahirkan sepanjang May 2012 - September 2014?
Anggaran bilangan usahawan baru yang telah berjaya dilahirkan (berdaftar) sepanjang Mei 2012 hingga September 2014 adalah seramai 8144 orang.
-
Apakah kriteria utama dalam memilih usahawan untuk dibantu oleh kerajaan?
Setiap bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kriteria-kriteria pemilihan tersendiri. Diantara kriteria utama dalam memilih usahawan untuk dibantu adalah seperti berikut:-
- Pemohon adalah anak kelahiran / telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Selangor;
- Aktiviti perniagaan tidak melanggar peraturan undang-undang;
- Pemohon hendaklah memenuhi had umur yang ditetapkan;
- Mempunyai perusahaan yang telah berdaftar dengan SSM dan sedang beroperasi;
- Premis yang tetap dan beroperasi di Selangor;
- Bantuan diberikan berdasarkan pendapatan tahunan sesebuah perusahaan;
- Memiliki Lesen/Permit Perniagaan daripada PBT di Selangor; dan
- Merupakan ahli berdaftar/usahawan bimbingan dalam mana-mana agensi yang