Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

110) USAHAWAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bidang usahawan yang diutamakan oleh kerajaan untuk tujuan bantuan?

    Sejak tahun 2005, satu definisi seragam yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah diguna pakai oleh semua Kementerian dan Agensi, Institusi Kewangan dan Pengawal Selia yang terlibat dalam program pembangunan PKS. Berdasarkan kepada bahagian dan keterangan Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 terdapat 5 bidang (klasifikasi) iaitu Pembuatan, Perkhidmatan, Pertanian Asas, Pembinaan, dan Perlombongan dan Pengkuarian. Daripada 5 bidang (klasifikasi) tersebut Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor memberi keutamaan kepada 3 bidang sahaja iaitu Pembuatan, Perkhidmatan dan Pembinaan manakala baki 2 lagi bidang dikawal selia oleh Jawatankuasa Tetap yang lain iaitu Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani untuk bidang (klasifikasi) Pertanian Asas dan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah dan Pembangunan Sumber Alam untuk bidang (klasifikasi) Perlombongan dan Pengkuarian.

  2. Berapakah bilangan usahawan yang telah dibantu dan berapakah nilai yang telah dibelanjakan sejak 2010 sehingga 2014?

    Anggaran bilangan usahawan yang telah dibantu oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada tahun 2010 hingga tahun 2014 adalah seramai 20,323 orang. Manakala jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan sepanjang tahun 2010 hingga tahun 2014 adalah sebanyak RM115,552,520.26 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Lima Belas Juta Lima Ratus Lima Puluh Dua Ribu Lima Ratus Dua Puluh dan Dua Puluh Enam Sen Sahaja). Perincian pecahan perbelanjaan adalah seperti di Lampiran 1.

    JUMLAH PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN JABATAN / AGENSI

    LAMPIRAN 1

     

    BIL

     

    JABATAN / AGENSI

     

    2010 (RM)

     

    2011 (RM)

     

    2012 (RM)

     

    2013 (RM)

     

    2014 (RM)

     

     

    JUMLAH

    1.  

    UPEN SELANGOR

     

    2,676,643.54

     

    2,197,677.59

     

    1,324,179.71

     

    1,552,007.00

     

    678,312.00

     

    8,428,819.84

    2. JAB. PER. VETERINAR 154,150.00 337,089.00 457,121.00 197,620.20 1,450,000.00 2,595,980.20
    3. PERTANIAN 1,196,985.35 1,817,685.74 2,036,721.66 1,249,549.79 792,867.68 7,093,810.22
    4. KDEB 141,857.00 159,393.00 1,096,850.00 1,398,100.00
    5. PKNS 2,283,300.00 2,578,390.00 2,589,560.00 2,595,210.00 2,285,200.00 12,331,660.00
    6. MIMBAR 1,613,000.00 14,116,950.00 26,431,500.00 19,599,950.00 21,942,750.00 83,704,150.00
    7. SKIMSEL TIDAK MENDAPAT SEBARANG MAKLUMAT BERHUBUNG PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN
    JUMLAH                                                                                                                                                                   RM115,552,520.26

     

    BIL JABATAN / AGENSI 2010 (RM)  

    2011                                               (RM)

    2012 (RM) 2013 (RM) 2014 (RM)
                       
    1. UPEN SELANGOR  

    2,950,000.00

     

    2,676,643.54

     

    2,250,000.00

     

    2,197,677.59

     

    2,050,000.00

     

    1,324,179.71

     

    2,200,000.00

     

    1,552,007.00

     

    2,200,000.00

     

    678,312.00

    2. JAB. PER. VETERINAR  

    160,000.00

     

    154,150.00

     

    350,000.00

     

    337,089.00

     

    460,000.00

     

    457,121.00

     

    215,000.00

     

    197,620.20

     

    1,450,000.00

     

    1,450,000.00

    3. PERTANIAN  

    1,200,000.00

     

    1,196,985.35

     

    1,830,000.00

     

    1,817,685.74

    2,050,000.00 2,036,721.66 1,206,033.00 1,249,549.79 1,208,046.00 792,867.68
    4. KDEB   141,857.00   159,393.00   1,096,850.00
    5. PKNS 2,999,300.00 2,283,300.00 3,243,400.00 2,578,390.00 2,552,400.00 2,589,560.00 2,557,400.00 2,595,210.00 3,893,000.00 2,285,200.00
    6. MIMBAR TIDAK MENDAPAT SEBARANG MAKLUMAT BERHUBUNG PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN
    7. SKIMSEL 2,964,468.00 1,613,000.00 12,000,000.00 14,116,950.00 4,000,000 26,431,500.00 4,966,600 19,599,950.00 2,000,000 21,942,750.00
    JUMLAH 10,273,768.00 7,924,078.89 19,673,400.00 21,047,792.33 11,112,400.00 32,839,082.37 11,145,033.00 25,353,729.99 10,751,046.00 28,245,979.68

     

  3. Apakah kriteria utama usahawan ini layak mendapatkan bantuan kerajaan?

    Setiap bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kriteria-kriteria pemilihan tersendiri. Diantara kriteria utama dalam pemilihan usahawan adalah seperti berikut:-

    • Pemohon adalah anak kelahiran / telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Selangor;
    • Aktiviti perniagaan tidak melanggar peraturan undang-undang;
    • Pemohon hendaklah memenuhi had umur yang ditetapkan(18 hingga 55 tahun);
    • Keutamaan diberikan kepada perusahaan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
    • Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi untuk tempoh sekurang- kurangnya dua (2) tahun di Negeri Selangor dan masih aktif menjalankan perniagaan;
    • Keutamaan diberikan kepada perusahaan yang memiliki Lesen/Permit Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan;
    • Mempunyai 2 hingga 5 orang pekerja sepenuh masa;
    • Nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000.00
    • Konsisten dari segi pengeluaran; dan
    • Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara atas

     

Lampiran

Tiada Lampiran.