Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

185) USAHASAMA PROGRAM MEMBANTU ASNAF KELUAR DARIPADA KEMISKINAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan penggunaan plastik dan polistren selain kempen beg plastik dan meningkatkan kadar mengitar semula sampah?

    Kerajaan Negeri telah mengeluarkan Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT Bil.1/2016: Cadangan Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polistirena di negeri Selangor bertarikh 2 Ogos 2016 dimana Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menghentikan bekas makanan dan peralatan polistirena di semua premis termasuk premis makanan dan pasar malam bermula Januari 2017.

    Sehubungan itu, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor diminta untuk meletakkan larangan pemberian beg plastik secara percuma serta larangan penggunaan bekas makanan dan peralatan polistirena dalam syarat- syarat lesen perniagaan di semua premis perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT. Pada masa kini, semua PBT telah meletakkan syarat tersebut agar pematuhan terhadap perkara ini dapat dipantau.

    Bagi meningkatkan kadar mengitar semula sampah, beberapa PBT telah melaksanakan inisiatif sendiri untuk melaksakan program kitar semula. Antaranya, Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan Program Pengasingan Sampah dari rumah di Kota Warisan bermula pada tahun 2014. Sejumlah 800 unit tong kitar semula telah diberikan secara percuma kepada penduduk bagi menjayakan program tersebut dan jumlah sampah yang berjaya di asingkan adalah sebanyak 5,000 tan metrik.

    Manakala, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan pengasingan sisa di seluruh kediaman jenis landed bermula 15 Oktober 2018 bagi mengurangkan sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan sampah. Kutipan sisa pengkomposan.

    kitar semula ini dijalankan pada setiap hari Ahad oleh kontraktor kutipan kitar semula yang dilantik oleh Majlis. Selain itu, MBSA juga turut menjalankan pengasingan sisa makanan/ organik di gerai – gerai Majlis, pasar dan kedai makan di kawasan komersial di mana sisa yang telah diasingkan, dikutip dan dihantar ke pusat pengkomposan sisa bagi tujuan pengkomposan.

    Pada 2019, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memperluaskan lagi Kempen #BebasPlastik dan Program Kitar Semula ini ke sekolah-sekolah dengan kerjasama seluruh warga sekolah dan pengusaha kantin sekolah sebagai usaha pendidikan awal kepada generasi muda.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.