Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
62) USAHA-USAHA UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan yang telah sedia ada untuk membangunkan usahawan di Negeri Selangor
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta setahun untuk
membantu usahawan Negeri Selangor di dalam usaha membantu mereka meningkatkan
pengeluaran produk. Selain dari itu juga usaha-usaha dari segi Kursus, Promosi dan
Peningkatan Kualiti. -
Apakah program yang telah dan akan dijalankan supaya meningkatkan ilmu atau kemahiran golongan peniaga di Negeri Selangor
Kerajaan Negeri menawarkan kursus dan latihan kepada mereka yang berminat untuk
menceburi bidang keusahawanan. Di samping itu juga Kerajaan Negeri menganjurkan
secara bersama program-program keusahawanan dengan Badan-Badan Bukan
Kerajaan (NGO) bagi memupuk minat di dalam bidang keusahawanan.
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pihak Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) bagi mewujudkan lebih banyak usahawan berikutan program di bawah
AIM banyak mensasarkan peluang-peluang memulakan perniagaan dengan bimbingan
dan pemantauan yang lebih dekat. Melalui kerjasama ini Kerajaan Negeri akan
menyalurkan peruntukan membina lokasi-lokasi perniagaan yang telah dikenal pasti
oleh Pihak Berkuasa Tempatan.