Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

9) USAHA UNTUK MENARIK PELABURAN KE SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak tahun 2008 berapakah kawasan yang telah dinaiktaraf oleh kerajaan untuk menarik pelaburan?

    Bagi tahun 2009 sejumlah RM 28 juta telah diperuntukkan oleh MIDA dibawah RM Ke-9 bagi menaiktaraf 24 buah kawasan perindustrian di negeri Selangor.

  2. Sila nyatakan projek atau program yang dilancarkan oleh kerajaan untuk memudahkan pelaburan

    Bagi memudahkan para pelabur untuk melabur di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa program seperti;-

    1. Menubuhkan Unit Pelaburan dan melantik Pegawai Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan. Pegawai Pelaburan berperanan sebagai pemudah cara di mana para pelabur boleh mendapatkan khidmat nasihat bagi memudahkan urusan kelulusan dengan pelbagai jabatan yang berkaitan di dalam sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. Menerusi langkah ini proses kelulusan setiap permohonan yang dikemukakan oleh para pelabur dapat dipantau dan secara langsung membantu mempercepatkan tempoh kelulusan sesuatu permohonan. Penubuhan Unit Pelaburan dan Perdagangan adalah untuk memantapkan lagi peranan  dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan dalam urusan pelaburan dan perdagangan terutamanya yang meliputi kawasan PBT.
    2. Membentuk Industrial Park Management Committe (IPMC) di setiap kawasan perindustrian bagi memudahkan para pelabur menyuarakan sebarang isu yang dihadapi yang melibatkan isu-isu berkenaan penyelenggaraan kawasan-kawasan perindustrian di negeri Selangor.
    3. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    4. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    5. Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikan sistem penyampaian di Negeri Selangor
  3. Berapakah kesannya dengan One-Stop-Centre untuk menolong pelabur-pelabur?

    One-Stop-Centre berperanan penting dalam membantu para pelabur dimana One-StopCentre berperanan untuk ;-

    1. Memberikan maklumat berkenaan proses pelaburan kepada para pelabur baru yang ingin melabur di Negeri Selangor.
    2. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    3. Membantu para pelabur menyelesaikan isu atau permasalahan yang dihadapi.

Lampiran

Tiada Lampiran.