Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

306) USAHA, PROMOSI DAN PROGRAM BERSEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. 2025 sudah bermulanya Tahun Melawat Selangor. Apakah usaha yang sudah dilakukan dan dipromosikan khususnya di kawasan Dengkil?

    Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan melalui Majlis Perbandaran Sepang bagi menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025 di kawasan Dengkil adalah seperti berikut:

     

    • Menaiktaraf Infrastruktur Produk Pelancongan Negeri Selangor Tahun 2024 iaitu Pemasangan Lampu Hiasan serta Pengindahan Kawasan Taman Tasik Cyberjaya; dan

     

    • Kerja-kerja pengindahan dan pemasangan lampu hiasan di kawasan MPSepang bagi menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025 dan seterusnya Tahun Melawat Malaysia 2026.

     

    Selain itu, MPSepang juga giat mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di Dengkil menerusi bahan promosi seperti keychain dan penanda buku.

  2. Adakah Wakil Rakyat Kawasan Dengkil dilibatkan dengan sebarang program setempat yang melibatkan Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Sepang berkenaan Tahun Melawat Selangor 2025?

    Pihak Majlis Perbandaran Sepang turut berkolaborasi bersama-sama dengan Pejabat ADUN Dengkil dan Pejabat Penyelaras DUN Dengkil bagi program-program rasmi yang dilaksanakan oleh di MPSepang. Antara program yang melibatkan ADUN Dengkil dan Penyelaras DUN adalah sepert berikut:

    1. Program / Mesyuarat Libat Urus Majlis Perbandaran Sepang;
    2. Program Sambutan Perayaan; dan
    3. Program Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.