Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

49) USAHA PENDIGITALAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat sebarang usaha pendigitalan yang telah dilaksanakan di bawah jabatan Negeri Selangor pada tahun ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum? Sekiranya ya, sila senaraikan.

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap Jabatan dan juga PBT (Kerajaan Tempatan) di bawah Kerajaan Negeri Selangor memulakan usaha pendigitalan terutamanya dalam sistem pembayaran? (contoh: pembayaran sewaan dewan, balairaya dan lain-lain)

    Usaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Pendigitalan bagi Negeri Selangor adalah adalah seperti telah dinyatakan di PSPPSUK 2021-2025.
    Jumlah Sistem yang melibatkan modul pembayaran bagi semua jabatan/agensi di Selangor berjumlah 297 sistem.
    Antara sistem yang mengandungi modul pembayaran adalah seperti berikut :
    1. Pengiklanan Dan Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Kerajaan Negeri Selangor : Sistem Tender Online
    2. Tempahan Dewan & Rumah Rehat/Peranginan Selangor
    3. Semakan Dan Bayaran Cukai Tanah dan Cukai Petak
    4. Permohonan Bantuan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara bagi anak Negeri Selangor
    5. Pengurusan Permohonan dan Pembaharuan Lesen Perniagaan Serta Merta – PBT
    6. Pengurusan Bayaran Bil-bil -PBT
    7. Smart Parking


    Lampiran Rujukan :

    1. Lampiran C : Senarai Perkhidmatan Yang Terdapat Modul Pembayaran di Jabatan/Agensi Di Selangor

    Usaha pendigitalan sistem pembayaran menggunakan kaedah ‘cashless’ telah pun di depani oleh KNS seawal 2018 menerusi program ‘cashless bazaar Ramadan’ tahunan (iaitu bazaar Ramadan fizikal menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dan juga bazaar raya atas talian menerusi platform Lazada, Shopee serta penglibatan pembekal perkhidmatan e-wallet tempatan seperti Boost dan TouchnGo). Sehingga tahun 2019, sejumlah 4,000 peniaga bazar Ramadhan telah menyertai program ini.

    Inisiatif cashless ini dipergiatkan dan diperluaskan lagi menerusi perencanaan yang lebih tersusun di dalam Smart Selangor Action Plan 2025 (“SSAP 2025”) di bawah program Smart Selangor. Di antara inisiatif yang telah dibangunkan di dalam SSAP 2025 ini adalah pembangunan aplikasi Citizens E-Payment (CEPat) oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang menyediakan perkhidmatan berbayar kerajaan pelbagai peringkat (PBT, KNS, agensi) secara berpusat dan atas talian (online banking, JomPay dan e-wallet) untuk kemudahan buat rakyat, yang ternyata amat memudahkan rakyat pada ketika pandemik ini.

    Aplikasi CEPat telah dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2019 bermula dengan penyertaan awal 3 PBT iaitu MPKj, MDHS dan MDKS, 3 perkhidmatan berbayar menerusi 3 kaedah pembayaran nirtunai. Sehingga akhir 2020, 9 PBT telah dilibatkan di dalam CEPat dengan sejumlah 43 perkhidmatan berbayar dan 7 kaedah pembayaran nirtunai (termasuk 30 online banking payments dan 6 e-wallet utama). Di antara perkhidmatan berbayar di beberapa PBT yang telah diupayakan di dalam CEPat termasuk pembayaran cukai pintu, kompaun, pembayaran lesen PBT, bil utiliti (termasuk Air dan elektrik), sewaan fasiliti, pembayaran parkir dan fungsi ‘Scan to Ride’ untuk Bas Smart Selangor.

    Selain itu, KNS juga telah mengambil langkah proaktif untuk menggalakkan lebih banyak penggunaan kaedah pembayaran digital nirtunai menerusi insiatif geran padanan digitalisasi SME, program SME platform, platform PLATS, online brands 100 dan kelas e-dagang yang dilaksanakan menerusi MBI Selangor dan anak syarikatnya seperti SIDEC dan SSDU.

Lampiran

Tiada Lampiran.