Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

17) USAHA PENCEGAHAN DENGGI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri meneliti dan memanfaatkan teknologi baru dalam menangani permasalahan denggi? Sila nyatakan teknologi tersebut.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan menangani masalah denggi di Negeri selangor melalui pendekatan aktiviti kesedaran dan Pendidikan kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah iaitu di peringkat Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan Cina dan India, Sekolah Rendah Agama Rakyat dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta telah diberikan.

    Kerajaan Negeri Selangor percaya dengan usaha mendidik pelajar-pelajar sekolah ini dapat mengubah sikap dan pemikiran masyarakat dalam jangka masa panjang agar sentiasa mementingkan kebersihan dan memastikan kawasan persekitaran mereka bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes seterusnya dapat mengurangkan kes denggi di Negeri Selangor.

    Selain itu juga, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah memanfaatkan pelbagai teknologi baru di dalam menangani masalah denggi di Negeri Selangor. Antara teknologi yang digunakan adalah seperti berikut:

    i. Penggunaan Nyamuk Gajah (Toxorhynchites)

    MPSJ sedang menjalankan kajian ke atas keberkesanan menggunakan Nyamuk Toxo untuk mengawal populasi nyamuk aedes. Kajian ini melibatkan usahasama dengan pihak USM. Jentik-jentik Nyamuk Toxo yang dibiakkan akan memakan jentik-jentik nyamuk aedes sekaligus mengurangkan pembiakan nyamuk aedes yang menjadi pembawa kepada demam denggi. Buat masa ini 2 tapak kajian telah dikenalpasti dan dilaksanakan iaitu di Kg Sri Aman dan Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16. Hasil daripada kajian ini telah menunjukkan keputusan yang positif di dalam mengurangkan kes denggi di kawasan MPSJ.

    ii. Alat Perangkap Magnetik (Mosquito Magnet)

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan di dalam tindakan mengkaji keberkesanan penggunaan alat perangkap magnetik iaitu Mosquito Magnet. Alat ini berfungsi dengan mengeluarkan karbon dioksida yang akan menarik perhatian nyamuk untuk datang dan seterusnya terperangkap di dalam alat tersebut. Kajian ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak MBSA.

    Selain itu juga, Kerajaan Negeri juga akan mengkaji teknologi-teknologi yang digunakan di luar negara serta pengalaman negara lain dalam menangani isu denggi sebagai contoh, Taiwan telah menggunakan teknologi air laut untuk menyiram kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk dan di dapati ianya berkesan.

  2. ) Sila nyatakan kekerapan dan usaha yang dilakukan oleh semua agensi untuk menangani isu denggi ini di setiap PBT

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Unit Vektor di setiap PBT Negeri Selangor menjalankan aktiviti Pencegahan dan Kawalan setiap hari melalui aktiviti Terjah dan Musnah tempat pembiakan nyamuk aedes, larvacidingdan pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah dan institut pengajian Sehingga 21 November 2014, pemeriksaan pembiakan aedes telah diadakan di 338,620 premis, dimana 5,943 didapati positif, manakala 1,779 kompaun telah dikeluarkan serta 571notis juga telah dikeluarkan kepada pihak-pihak berkenaan. Sebanyak 3,389,204 semburan fogging SRT/ULV telah dijalankan, 789 gotong royong telah di jalankan serta 1648 taklimat denggi telah diberikan kepada murid-murid sekolah oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Selangor. Maklumat lengkap adalah seperti dalam Lampiran A.

     

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES (PPA) TEMPAT POSITIF PEMBIAKAN  

    KOMPAUN

     

    NOTIS

     

    SEMBURAN SRT/ ULV

    AKTIVITI PENCEGAHAN
    AKTIVITI GOTONG ROYONG  
    TAKLIMAT DENGGI DI

    SEKOLAH (BIL.MURID)

     
     

    MBSA

     

    83256

     

    620

     

    638

     

    7

     

    735993

     

    76

     

    5647

    MBPJ 20273 535 632 212 87277 72 13,237
    MPK 69425 2394 85 4 790887 53 6,350
    MPSJ 41289 136 76 0 626265 162 3,790
    MPAJ 8992 96 30 23 281183 39 3,150
    MPKj 21576 215 36 141 193214 71 2,100
    MPS 43333 1079 134 123 47136 48 16,733
    MPSp 20897 10 0 10 27553 78 19,713
    MDKL 18033 0 8 0 87271 40 18,360
    MDKS 12951 423 48 34 70774 71 7,389
    MDHS 11546 425 20 16 260050 41 6,480
    MDSB  

    63506

     

    10

     

    72

     

    1

     

    181601

     

    58

     

    2,100

    JUMLAH 338,620 5,943 1,779 571 3,389,204 809 105,049

Lampiran

Tiada Lampiran.