Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
152) USAHA MENINGKATKAN TEKNOLOGI PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan sedar bahawa teknologi pertanian di Malaysia, termasuk di Selangor masih ketinggalan berbanding di Thailand, seperti penanaman mangga, anggur, tamar, dll
Kenyataan ini agak subjektif bagi membandingkan teknologi pertanian diantara Malaysia dengan Thailand. Sebagai contoh dalam pengeluaran belimbing, Malaysia adalah negara pengeluar terbaik dunia dengan 60% pengeluaran belimbing Malaysia dieksport ke Kesatuan Eropah (EU). Untuk pengetahuan YB, teknologi tanaman belimbing Malaysia adalah terbaik di dunia diikuti oleh Israel. Negara EU juga memilih buah tembikai dari Malaysia berbanding negara lain seperti Taiwan dan China kerana kualitinya yang lebih
-
Jika ya, adakah Kerajaan bercadang untuk meniru/ memindahkan teknologi pertanian dari Thailand
Malaysia telah pun mengambil beberapa varieti tanaman yang sesuai untuk ditanam daripada Thailand. Contohnya mangga Chokanan (MA223) dan Nam Dok Mai (MA224) yang telah pun dikomersilkan di Malaysia. Malaysia sentiasa mengkaji teknologi yang sesuai untuk dipindahkan bukan sahaja dari Thailand, tetapi negara-negara lain yang sesuai diaplikasikan di negara