Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

14) USAHA MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN ILMU NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan bagi meningkatkan tahap penguasaan ilmu masyarakat Selangor memandangkan kajian badan antarabangsa tahun 2013 mendapati Malaysia menduduki tangga ke 43 tahap masyarakat berilmu?

    Usaha-usaha jangka pendek yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penguasaan ilmu masyarakat Selangor antaranya ialah :

    • melaksanakan program merakyatkan ilmu seperti Hari Ilmu dan Program Jejak Ilmuan Negeri Selangor;
    • melaksanakan program-program pemantapan kualiti guru di Negeri Selangor, seperti Kursus Keguruan;
    • melaksanakan program pemantapan pendidikan di pelbagai peringkat seperti seminar keibubapaan, pemantapan pendidikan awal kanak-kanak, pemantapan Bahasa Malaysia kepada pelajar SJKT dan sebagainya;
    • menganjurkan Pesta Buku Selangor secara tahunan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor; dan
    • melaksanakan program galakan budaya membaca seperti Let’s Read Together dan 15 Minutes Reading Break

    Usaha jangka panjang yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penguasaan ilmu masyarakat Selangor antaranya ialah :

    • meningkatkan tahap infrastruktur sekolah-sekolah di Negeri Selangor agar lebih kondusif; dan
    • melaksanakan penjenamaan semula perpustakaan di Negeri Selangor dengan menaiktaraf kemudahan perpustakaan awam di seluruh Negeri Selangor di pelbagai peringkat;

     

  2. Nyatakan kedudukan terkini index masyarakat berilmu Negeri Selangor.

    Indeks masyarakat berilmu di Negeri Selangor diukur berdasarkan kepada peningkatan budaya membaca di kalangan masyarakat Negeri Selangor. Indeks masyarakat berilmu di Negeri Selangor diukur berdasarkan kepada beberapa kaedah iaitu:

    1. Kajian dan soalselidik; dan
    2. Pengukuran melalui data statistik perkhidmatan.

    Kajian terakhir yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia yang berkaitan dengan pembacaan adalah pada tahun 2005 yang menunjukkan penemuan pembacaan rakyat Malaysia adalah pada tahap 2 naskah setahun manakala pengukuran tahap keilmuan Negeri Selangor adalah berdasarkan kepada peningkatan jumlah keahlian, jumlah pinjaman, jumlah pengunjung dan jumlah aktiviti di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi tahun 2011 hingga 2014.

    Keahlian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tahun 2011 sehingga 2014

    Perpustakaan  K E A H L I A N  Jumlah
     Dewasa  Remaja  Kanak-kanak
    2011 15,057 11,331 18,323 44,711
    2012 17,510 13,171 16,674 47,355
    2013 18,689 12,583 15,544 46,816
    2014 20,871 15,775 19,681 56,327

    Jumlah Pinjaman Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tahun 2011 sehingga 2014

    Perpustakaan  PINJAMAN  Jumlah
     Dewasa  Remaja  Kanak-kanak
    2011 242,738 100,836 341,231 684,805
    2012 228,487 90,927 313,114 632,528
    2013 238,279 78,597 318,321 635,197
    2014 287,022 81,288 366,840 735,150

    Pengunjung Harian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tahun 2010 sehingga 2014

    Tahun Pengunjung Harian

     

     

    2010

     

    857,233

     

    2011

     

    859,187

     

    2012

     

    1,302,987

     

    2013

     

    1,467,233

     

    2014

     

     

    1,573,813

    Program dan aktiviti yang dijalankan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Tahun 2010 – 2014

    Tahun Jumlah Aktiviti

     

     

    2010

     

    522 aktiviti

     

    2011

     

    1,021 aktiviti

     

    2012

     

    1,824 aktivti

     

    2013

     

    2,629 aktiviti

     

    2014

     

     

    3,585 aktiviti

     

    Berdasarkan statistik di atas jelas menunjukkan telah berlaku peningkatan terhadap budaya membaca di kalangan rakyat di Negeri Selangor pada setiap tahun. Fungsi perpustakaan yang pelbagai fungsi telah menjadi tarikan utama kepada rakyat untuk hadir ke perpustakaan.

    • HARI Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor

    Bermula pada 26 Jun 2010, Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan Hari Ilmu Negeri Selangor, majlis perasmian telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor. Program ini mengajak rakyat meneruskan budaya membaca dengan menjenama gerakan membaca. Saban tahun, hari ilmu akan diisi dengan program-program bermanfaat seperti membaca serentak beramai-ramai melalui kempen “15 minutes reading break”, bacaan kegemaran saya, puisi, pidato, kuiz dan sebagainya.

    Tahun Tema Pencapaian Catatan
     

    2010

    Gerakan Membaca Perdana

    –    ‘The Largest Outdoor Reading Event in Malaysia’

     

    Pelancaran Gerakan Menulis Perdana 2010

    Tema : Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan’

     

     

    15,271 peserta/

    Diiktiraf oleh

    Malaysia Book of Records

     

     

     

    Disempurnakan oleh:

    D.Y.M.M. Sultan Selangor

     

     

     

    Di Tasik Shah Alam

     

    2011

     

    Konvensyen Penulis

     

    – Tokoh Penulis Selangor 2011

     

    Berhenti Sebentar, Jom Baca

    (15 minutes reading break)

     

    300 penulis

     

     

     

    2,125 peserta

     

    Di Pusat konvensyen Shah Alam

     

    2012

     

    –    Tokoh Penulis Selangor 2012

     

    –    Tokoh Pustakawan Selangor 2012

     

    –    Baca & Amalkan

       (15 minutes reading break)

     

    Seorang

     

    Seorang

     

     

    7,275 penyertaan

     

    Anjuran EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan

     

    Dilaksanakan di 9 daerah Negeri Selangor

     

    2013

     

    –  Baca, Amal dan Sumbangkan

     

     

    –  Gerakan Menulis Perdana Ke 2

    Tema: Mengehsankan Insan Di Negeri Selangor’

     

    741 naskah sumbangan buku

     

    Sumbangan buku oleh pengunjung pesta buku.

     

    Program  masih berjalan

     

    2014

     

    –                      – Gerakan Menulis Perdana Ke 3 Tema : Mengehsankan Insan Di Negeri Selangor”

     

    –         Jom Membaca Bersama 10 Minit

     

     

    –         Program “15 minutes reading break”

     

    4,887 orang penyertaan

     

     

    610,000 Penyertaaan

     

    2,100

    Penyertaan

     

     

     

     

     

     

     

     

    Di Pusat konvensyen Shah Alam

    • Pesta Buku Negeri Selangor

    Pesta Buku negeri Selangor telah bermula pada tahun 2006 dan telah mendapat sambutan dari masyarakat sehinggalah ia dinamakan sebagai Pesta Buku ke 2 terbesar selepas Pesta buku Kuala Lumpur. Pesta Buku Selangor bertujuan bagi memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini.

     

    Perkara

     

    Tahun 2009

     

    Tahun 2010

     

    Tahun 2011

     

    Tahun 2012

     

    Tahun 2013

     

    Tahun 2014

     

    Tarikh

     

    24 Julai –

    3 Ogos

     

    25 Jun –

    5 Julai

     

    24 Jun –

    3 Julai

     

    29 Jun-

    9 Julai

     

    24 Mei –

    3 Jun

     

    29 Ogos-

    -8 Sept

     

    Tempat

     

    Kompleks PKNS

     

    Kompleks PKNS

     

    Pusat Konvensyen Shah Alam

     

    Pusat Konvensyen Shah Alam

     

    Pusat Konvensyen Shah Alam

     

    Pusat Konvensyen Shah Alam

     

    Pempamer

     

    64

     

    58

     

    75

     

    86

     

    81

     

    80

     

    Gerai/

    Booth

     

    114

     

    114

     

    157

     

    163

     

    163

     

    140

     

    Pengunjung

     

    390,961

     

    423,315

     

    353,530

     

    348,235

     

    312,290

     

    317,896

    Kempen

    Kahlian Baru

     

    2,027

     

    904

     

    1,661

     

    3,161

     

    3,225

     

    3,821

     

    • PROGRAM GALAKAN MEMBACA KEBANGSAAN TAHUN 2014

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Se Malaysia yang juga dianggotai oleh Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Sabah dan Sarawak merancang untuk menjalankan Program Galakan Membaca Kebangsaan secara serentak di seluruh Negara bagi memberi impak yang lebih meluas kepada masyarakat.

    Di antara program ialah:

    • Kempen Berhenti Sebentar, Jom Baca (lets read together)

    (Sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia)

    • Pelancaran Sahabat Perpustakaan (Friends of Library)

    (Sempena Hari Belia Negara)

    • Pameran Memori Korporat

    (Sempena Hari Kemerdekaan)

    • Pelancaran: ‘Kids For Nation’ – Ilmu di Junjung, Warga Emas di             Sanjung

    (Sempena Hari Warga Emas dan Hari Kanak-Kanak Sedunia)

     vii.      Kempen berhenti sebentar, jom baca (Let’s read together)

    Diadakan secara serentak seluruh Selangor pada 22 April 2014 pada jam 10.00 hingga 10.10 pagi.

    Pencapaian hasil dari pelaksanaan Program Let’s Read Together adalah:

    1. Mengumpulkan hampir 2,000 penyertaan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
    2. Melibatkan 500 Buah sekolah di sekitar Selangor

    iii.         Melibatkan lebih 50 buah jabatan di seluruh Selangor

    1. Jumlah keseluruhan penyertaan 610,000 penyertaan

    v.         Jumlah keseluruhan di Malaysia adalah sebanyak 2.5 juta pembaca.

Lampiran

Tiada Lampiran.