Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
303) USAHA MENINGKATKAN PENGETAHUAN POLITIK DI KALANGAN BELIA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan dasar belia Selangor dalam meningkatkan pengetahuan politik di kalangan belia.
Kerajaan Negeri mementingkan aspek penglibatan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan umur. Dalam konteks penglibatan belia di Selangor, melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia telah diwujudkan Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang dulunya dikenali sebagai Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Peranan PeBS adalah hampir sama dengan peranan yang dimainkan oleh ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan ketua kampung. PeBS ini adalah bertindak selaku jentera Kerajaan Negeri dalam menyampaikan maklumat dan melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 adalah dasar terkini yang digunakan oleh Kerajaan Negeri khusunya PeBS dalam melaksanakan agenda-agenda Kerajaan Negeri. Dasar Belia Selangor (DBS) 2020 seperti berikut:-
- Kepimpinan dan Literasi Politik
- Hubungan Antarabangsa dan Pemikiran Global
- Keusahawanan dan Ekonomi Digital
- Pekerjaan dan Pembangunan Kemahiran
- Pendidikan
- Kebudayaan, Kreativiti, dan Sukan
- Keagamaan, Kesihatan, dan Kesejahteraan
- Media Digital dan Sosial
- Nasionalisme dan Patriotisme
- Keseimbangan Alam Sekitar
Setiap Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan memainkan peranan penting memperkukuhkan kerjasama dengan pemegang taruh seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Komuniti India (KKI), Ketua Komuniti Cina (KKC), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Pusat Wanita Berdaya (PWB), Ahli Dewan Negeri, Ahli Parlimen, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), dan juga NGO yang bersesuaian.
-
Apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan pada tahun 2024?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia sentiasa menggalakkan penglibatan belia dalam program-program Kerajaan Negeri khususnya yang dianjurkan oleh Penggerak Belia Selangor (PeBS). Bagi tahun 2024, berikut merupakan bentuk program yang sedang dan akan terus dijalankan oleh PeBS;
Selain itu juga, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan beberapa program diperingkat negeri seperti berikut;
- Pelantikan Penggerak Belia Selangor (PeBS);
- Retreat Penggerak Belia Selangor (PeBS);
- Townhall bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor;
- Kursus Asas Penyelamat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor;
- Kursus Pengurusan Program dan Media;
- Program Mini Karnival Usahawan dan Sukan;
- Program Kenegaraan
- Jelajah Belia Madani Selangor