Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

254) USAHA MEMBASMI KEMISKINAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar kemiskinan & pengangguran direkodkan di Negeri Selangor sejak 2019-2023?

    Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Bernam, kadar kemiskinan yang direkodkan dalam Sistem eKasih di bawah selenggaraan Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) Selangor bagi tempoh 2019 hingga 2023 adalah seperti berikut:

     

    TAHUN BIL. KIR
    MISKIN TEGAR MISKIN
    2019 2,993 7,335
    2020 3,140 8,936
    2021 13,397 15,120
    2022 7,499 14,779
    2023 2,983 14,502

     

    Maklumat dari Jabatan Perangkaan berkaitan kadar kemiskinan dan perincian insiden kemiskinan mutlak mengikut strata dan daerah pentadbiran di Selangor adalah seperti di Jadual dibawah:

    Daerah pentadbiran Insiden kemiskinan mutlak (%)
    2019 2022
    Selangor 1.2 1.5
    Bandar 1.1 1.5
    Luar bandar 2.0 3.1
    Daerah pentadbiran:
    Gombak 0.4 2.4
    Klang 1.7 2.2
    Kuala Langat 2.4 0.3
    Kuala Selangor 3.5 2.8
    Petaling 1.1 1.6
    Sabak Bernam 4.7 5.3
    Sepang 0.7 0.0
    Hulu Langat 0.6 0.5
    Hulu Selangor 1.5 1.7

     

    Berdasarkan kepada dapatan banci 2022, nilai purata PGK di negeri Selangor adalah RM2,830 sebulan dengan purata saiz isi rumah seramai 3.8 orang (2019: purata PGK RM2,022; purata saiz isi rumah 3.9 orang). Insiden kemiskinan mutlak negeri Selangor meningkat daripada 1.2 peratus pada 2019 kepada 1.5 peratus pada 2022. Dalam tempoh yang sama, insiden kemiskinan mutlak di bandar dan luar bandar turut mencatatkan peningkatan masing-masing kepada 1.5 peratus dan 3.1 peratus.

  2. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri menurunkan kadar kemiskinan di Selangor?

    Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan kepada usaha menurunkan kadar kemiskinan di Selangor. Usaha ini adalah antara tugas utama Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor yang dijalankan secara berterusan selaras dengan halatuju Rancangan Selangor Pertama (RS1).

     

    Selain daripada itu, sebagai rancangan jangka panjang untuk menurunkan kadar kemiskinan, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP). ISP merupakan satu inisiatif berterusan malah menjadi strategi jangka masa panjang Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurangkan dan membasmi kemiskinan terutama bagi keluarga miskin tegar. Ini kerana ISP terdiri daripada program-program yang dibentuk khas untuk memberdayakan rakyat disamping mengupaya dan meningkatkan taraf sosio ekonomi seperti yang digariskan di dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

     

    ISP terdiri daripada empat puluh enam (46) program dan dirangkumkan di dalam enam (6) kategori dan antara-antara program yang disasarkan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Selangor adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Jom Shopping Perayaan, dan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin.

  3. Berapakah perbelanjaan yang diperuntukkan bagi usaha ini dari 2019-2023?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM19,972,291.00 pada tahun 2023 bagi program-program ISP dibawah Jawatankuasa Tetap Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor yang merupakan usaha yang berterusan dalam membantu menurunkan kadar kemiskinan dalam Negeri Selangor. Maklumat lengkap peruntukan dari tahun 2019 sehingga tahun 2023 adalah seperti jadual di bawah:

     

        PERUNTUKAN DIBELANJAKAN (RM)
    BIL PROGRAM 2019 2020 2021 2022 2023
    1 Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan 1,613,750 1,090,610 2,190,210 1,676,785 2,636,300
    2 Program Jom Shopping Perayaan 8,174,300 7,908,900 7,729,900 7,210,600 15,777,600
    3 Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin 1,510,000 364,719 1,513,332 274,850 1,558,391
      JUMLAH 11,298.050 9,364,229 11,433,442 9,162,235 19,972,291

Lampiran

Tiada Lampiran.