Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

92) USAHA MEMBANTU IBU TUNGGAL DAN ANAK DARA TUA (ANDARTU)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk membantu golongan ibu tunggal dan andartu di Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor senantiasa menumpukan pelbagai usaha pembangunan kapasiti wanita di setiap peringkat pelaksanaan tanpa menghadkan kepada portfolio Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita sahaja. Semua program dan polisi yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri turut memberi penumpuan kepada penglibatan wanita secara keseluruhan sama ada dalam program-program keusahawanan, pendidikan, kesihatan, pertanian dan sebagainya. Usaha memperkasakan wanita di Selangor diperkukuhkan lagi dengan kewujudan Institut Wanita Berdaya (IWB) yang berperanan merangka polisi dan strategi yang membawa kepada pemberdayaan dan kemajuan wanita demi merealisasikan Negeri Selangor yang inklusif, lestari dan adil. Matlamat utama IWB adalah untuk meningkatkan status sosio-ekonomi wanita di Selangor dan meningkatkan keupayaan wanita dalam kepimpinan dan pembuat keputusan. IWB juga merupakan landasan bagi memenuhi keperluan wanita Selangor secara inklusif termasuk merangka dasar dan mengkaji institusi keluarga serta kanak-kanak. Melalui IWB satu Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017 – 2020 telah berjaya dilancarkan pada 4 Oktober 2017 untuk diadaptasikan oleh wanita Selangor.

    Kerajaan Negeri telah menyantuni semua rakyat Selangor tanpa mengira gender termasuklah wanita Selangor dalam meningkatkan sosio-ekonomi mereka secara langsung dan tidak langsung memandangkan Kerajaan Negeri lebih tertumpu kepada kualiti perkhidmatan yang diberi.

     

  2. Jika ya, minta nyatakan rancangan Kerajaan itu?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.