Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

134) USAHA MEMBAIK PULIH LIF FLAT DAN PANGSAPURI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan kerajaan Negeri bagi membantu membaik-pulih lif-lif di kawasan flat dan pangsapuri di Selangor?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi pelaksanaan Skim SMART LIFE yang merupakan bantuan khusus untuk lif yang diberikan kepada pangsapuri kos rendah sahaja (RM42,000.00 ke bawah) seperti berikut:

    • Bantuan baik pulih lif secara percuma tanpa perkongsian kos daripada
    • Bantuan bayaran fi firma kompeten untuk penyenggaraan lif (kontrak komprehensif).
  2. Nyatakan sasaran untuk dicapai menerusi program ÒSelangor Smart LifeÓ untuk membantu kemudahan penduduk.

    Kerajaan Negeri telah mensasarkan untuk membaik pulih sejumlah 118 unit lif melibatkan 25 kawasan bagi tahun

  3. Berapakah unit lif yang telah berjaya dibaiki dan nyatakan kawasan yang terbabit?

    Setakat ini tiada projek baik pulih lif yang telah siap dilaksanakan. Walau bagaimanapun tempoh siap projek baik pulih lif bagi kawasan-kawasan yang telah dikeluarkan surat setuju terima (SST) adalah seperti di LAMPIRAN

     

    LAMPIRAN A

     

    TEMPOH SIAP BAGI PROJEK SMARTLIFE YANG TELAH DIKELUARKAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)

     

    BIL. NAMA PANGSAPURI JUMLAH UNIT LIF IKUT PANGSAPURI NILAIAN BANTUAN IKUT SST TEMPOH SIAP
    1 Rimba Seksyen 16 5 1,520,000.00 September 2018.
    2 Desa Mentari Blok 1 2 218,328.20 November 2017.
    3 Kos Rendah Pandan Utama, Persiaran Pandan Utama 5A 2 459,997.60 Ogos 2018.
    4 Dahlia, Ukay Bistari 2 540,600.00 November 2017.
    5 Sri Mutiara, Ukay Bistari 2 450,743.38 Februari 2018
    6 Kos Rendah Pandan Cahaya (RPR) 15 Tingkat 2 580,000.00 Mei 2018.
    7 Blok A2 & A3, Taman Bukit Segar Fasa 1 4 335,808.00 November 2017.
    8 Sri Perantau 24 7,401,146.80 Januari 2019
    JUMLAH 43 11,506,623.98  

Lampiran

Tiada Lampiran.