Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

2) USAHA KERAJAAN SELANGOR MENANGANI ISU BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu mereka yang terjejas akibat banjir?

    Kerajaan Negeri komited dalam meringankan beban mangsa banjir dengan memberi sumbangan bantuan kewangan, inisiatif pembaikan kediaman, bantuan segera kerja-kerja pembersihan, menyelaras bantuan dari Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), kerja-kerja pembaikan infrastruktur awam serta menyelaras bantuan-bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Sehingga 7 Mac 2022, seramai 115,852 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima RM1,000.00 Bantuan Selangor Bangkit (BSB) setiap KIR dan seramai 14 waris mangsa yang meninggal dunia telah menerima bantuan RM10,000.00 setiap waris sewaktu banjir besar yang melanda Negeri Selangor pada Disember 2021.

  2. Senaraikan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir mengikut daerah serta bilangan penduduk yang terjejas setakat ini.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 592 kawasan yang terjejas banjir telah diwartakan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Perincian senarai kawasan mengikut Daerah adalah seperti berikut :

    BIL. DAERAH JUMLAH LOKASI
    1. PETALING 61
    2. KLANG 93
    3. HULU LANGAT 92
    4. KUALA LANGAT 81
    5. KUALA SELANGOR 67
    6. SEPANG 91
    7. GOMBAK 45
    8. SABAK BERNAM 40
    9. HULU SELANGOR 22
    JUMLAH 592

    Jumlah keseluruhan bilangan Ketua Isi Rumah yang telah menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) sehingga 7 Mac 2022 adalah seramai 115,852 orang KIR dan 14 orang waris mangsa yang telah meninggal dunia telah menerima sumbangan wang tunai.

Lampiran

Tiada Lampiran.