Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
111) USAHA KERAJAAN SELANGOR DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN EKONOMI MASYARAKAT KAMPUNG
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan Selangor dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat kampung?
Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka satu dasar iaitu Pembangunan Desa Bersepadu dan Mampan. Ini bertujuan bagi meningkatkan pendapatan penduduk di samping mewujudkan nilai keempunyaan penduduk bagi sesuatu kampung tersebut.
-
Apakah program-program yang telah, sedang dan yang akan dilaksanakan?
Perkara ini masih diperingkat awal di mana segala kajian sedang dilakukan diperingkat akar umbi bagi memastikan segala perjalanan berhubung perkara ini berjalan seperti yang dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor telah melakukan pelbagai usaha bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat kampung. Antara usaha yang telah dilakukan adalah Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel), Program Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR). Pada masa akan datang, dalam pelaksanaan projek pembangunan desa, di peringkat pertama akan diadakan bengkel yang akan dihadiri oleh Ketua Kampung, Setiausaha JKKK, Wakil Wanita dan juga Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut.