Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

160) USAHA KERAJAAN MEMBANTU WARGA EMAS HIDUP SEBATANG KARA

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor dalam membantu warga emas yang tidak mempunyai anak atau saudara mara?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor memberikan perkhidmatan kepada warga emas yang merupakan salah satu kumpulan sasar Jabatan. Antara perkhidmatan yang diberikan ialah:

    1. Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 untuk warga emas yang hidup sebatang kara, tidak mempunyai sumber pendapatan, boleh berdikari dan mempunyai tempat tinggal. Sehingga Februari 2018, jumlah kes penerima Bantuan Orang Tua di Negeri Selangor adalah 10,270 kes yang melibatkan peruntukan RM3,792,600.00.

     

    1. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menawarkan perkhidmatan institusi kepada golongan warga emas seperti berikut –
      1. Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang boleh berdikari, hidup sebatang kara dan tidak mempunyai tempat tinggal. Di Negeri Selangor, terdapat satu Rumah Seri Kenangan yang terletak di Jalan Cheras, Kajang dan
      2. Rumah Ehsan untuk warga emas yang tidak boleh menguruskan diri sendiri, hidup sebatang kara dan tidak mempunyai tempat tinggal. Di Negeri Selangor, terdapat satu Rumah Ehsan yang terletak di Kuala Kubu Bharu.
    1. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada menyediakan perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Emas yang merupakan pusat aktiviti harian yang disediakan kepada warga emas yang tinggal di dalam sesebuah komuniti. Berikut adalah senarai Pusat Aktiviti Warga Emas yang terdapat di Selangor:

    Pusat Aktiviti Warga Emas Sungai Buloh

    Pusat Aktiviti Warga Emas Jenjarom

    Pusat Aktiviti Warga Emas Sabak Bernam

    Pusat Aktiviti Warga Emas Kampung Kenanga, Rawang

  2. Adakah golongan tersebut layak menyewa rumah Kerajaan?

    Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penyewaan rumah PPR dan di antara syarat –syarat kelayakan untuk menyewa rumah PPR adalah seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Telah berkeluarga dan mempunyai tanggungan
    • Pendapatan seisi keluarga kurang dari RM3,000.00
    • Pemohon dan suami/isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
    • Pemohon dan suami/isteri tidak memiliki tanah atau rumah dalam daerah atau mukim yang sama

    Permohonan   akan   dipanggil   untuk   menghadiri   sesi   temuduga                          kelayakan bergantung kepada kekosongan unit.

  3. Adakah golongan tersebut diberi keutamaan untuk membeli rumah Smart Selangor?

    Konsep Smart Sewa adalah untuk membantu golongan milennial yang tidak berkemampuan untuk membeli kediaman. Dengan itu, mereka akan menyewa rumah yang disediakan dan dari bayaran sewa tersebut, 30% akan dikembalikan setelah tamat tempoh menyewa dari 2 hingga 5 tahun. Golongan ini akan diberi keutamaan untuk membeli Rumah Selangorku yang lain. Buat masa ini tidak ada cadangan untuk menjual rumah di bawah Skim Smart

Lampiran

Tiada Lampiran.