Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

161) USAHA BAIKPULIH SUMBER AIR YANG BERLUMPUR KESAN AKTIVITI PEMBALAKAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengembalikan sumber air bersih yang telah tercemar dengan lumpur akibat aktiviti pembalakan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri?

    Usaha penyelenggaraan sungai dijalankan berdasarkan keperluan dan pemantauan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. tumpuan skop penyelenggaraan sungai juga diberikan kepada isu kualiti air selain daripada kuantiti air bagi keperluan muka sauk dan tebatan banjir

    Pepejal terampai atau lumpur (slit) akibat hakisan tanah daripada projek pembangunan dan pembalakan akan mendap di dasar sungai dalam suatu  tempoh masa dan memberikan kepada kuantiti sungai. Kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang biasanya dilaksanakan bagi tujuan kuantiti air akan turut menyelesaikan mendapan di sungai yang menyumbang kepada peningkatan kualiti air sungai.

  2. Apakah tindakan penguatkuasaan terhadap kontraktor balak yang telah menyebabkan sumber air di kawasan Hulu Langat tercemar dengan lumpur?

    Kawasan yang dimaksudkan adalah di Kampung Hulu Perdik di dalam Daerah Hulu Langat iaitu kawasan yang terlibat dengan projek menaiktaraf Talian Penghantaran Elektik TNB daripada Kg. Pandan Ampang – East. Pihak JPNS melalui kelulusan MMKN telah melantik pelesen pembalakan melalui tender Pada September 2018, pihak JPNS telah mengeluarkan arahan berhenti kerja sementara (stop work of order) sehingga kini kepada pihak pembalak. Arahan berhenti kerja ini adalah saranan daripada pasukan task force yang ditubuhkan bagi memantau pencemaran air dan pembaikan punca sumber air kepada penduduk sekitar. Kawasan tersebut ini juga sedang dalam proses

    penyelenggaraan pembaikan dan pelan rancangan mitigasi pencemaran air yang sedang dilaksanakan pihak TNB dan kontraktor pembalakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.