Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
215) USAHA ATASI GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk mengatasi permasalahan gangguan bekalan air yang kerap berlaku akibat kerosakan paip-paip lama?
Rancangan jangka pendek – Air Selangor akan mengenal pasti kawasan- kawasan kritikal yang kerap mengalami masalah paip pecah. Setelah itu kawasan-kawasan tersebut akan dimasukkan ke dalam program pembentukan Zon Kawalan Meter – “District Metering Zone (DMZ)” atau Zon Pemantauan Tekanan – “Pressure Monitoring Zone (PMZ)”. DMZ/PMZ tersebut akan dipasang meter dan juga injap kawalan tekanan untuk mengurangkan tekanan air ke tahap optimum. Langkah ini akan dapat mengurangkan masalah paip pecah yang disebabkan oleh tekanan air yang tinggi dan keadaan paip yang uzur. Pengurangan tekanan akan dilakukan tanpa menjejaskan bekalan air kepada
Rancangan jangka panjang – Bagi kawasan-kawasan yang masih mengalami paip pecah walaupun berada di dalam DMZ/PMZ, Air Selangor akan mengutamakan program penggantian paip untuk paip-paip yang uzur tersebut. Air Selangor mempunyai rancangan jangka panjang untuk menggantikan semua paip AC yang lama dalam masa 30 tahun akan dating, tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pelan perniagaan jangka panjang. Paip lama akan diganti dengan paip baru untuk memastikan bekalan air berterusan kepada pengguna.
Perbezaan di antara DMZ dan PMZ adalah seperti berikut:
Perbezaan dalam saiz zon, DMZ mempunyai sambungan minimum 300 nos. PMZ tidak mempunyai keperluan
- Kawasan yang disasarkan untuk DMZ perlu mempunyai simpanan kebocoran yang munasabah. PMZ tidak mempunyai keperluan ini. Kawasan sasaran PMZ adalah kawasan kerap berlaku paip pecah yang bertekanan
tinggi. Ruang untuk pengurangan tekanan adalah keperluan utama untuk PMZ.
-
Berapakah jangkaan kos yang terlibat?
- Anggaran kos rancangan jangka pendek – Anggaran jumlah kos ialah RM 225 Juta untuk 1500 DMZ dan
- Anggaran kos rancangan jangka panjang – Anggaran jumlah kos ialah RM 8.2 bilion untuk 5912 km panjang paip bagi tempoh masa 30 tahun.