Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

68) URUSTADBIR BERWIBAWA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional YAB Menteri Besar terus mengekalkan YB Tuan Ronnie Liew dan YB Cik Elizabeth Wong sebagai Ahli Exco sedangkan kedua-dua mereka sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah dan perlakuan lucah secara sukarela?

    Kerajaan Negeri melihat YB Elizabeth menjadi mangsa tindakan yang menceroboh hak peribadinya. Kekesalan ini juga diluahkan DYMM Tuanku. Pada masa yang sama kita juga prihatin isu moral dan sekiranya sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadapnya.

  2. Apakah pengisytiharan harta yang dibuat ahli-ahli mesyuarat kerajaan Negeri Selangor mengambil kira semua bentuk harta yang dimiliki termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Jun 2009 telah menolak soalan ini.

     

  3. c) Apakah pengisytiharan harta yang dibuat ahli-ahli mesyuarat kerajaan Negeri Selangor mengambil kira semua bentuk harta yang dimiliki termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki?

    Sepertimana yang telah dimaklumkan pengisytiharan harta oleh ahli MMKN yang sedia digunakan melibatkan semua aset yang diperoleh mereka dalam bentuk kewangan (seperti pendapatan bulanan, dividen, saham) atau harta (seperti rumah, kereta dan lain-lain) dari 8 Mac 2008 – iaitu tarikh pelantikan jawatan MMKN. Ini adalah kerana tujuan pengisytiharan harta adalah untuk memastikan ahli MMKN tidak menggunakan kuasa mereka untuk memperoleh aset.

     

    Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan yang mengutamakan ketelusan dan bertanggung jawaban, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk memperbaiki kaedah pengisytiharan harta dan sedang meneliti semua pelbagai kaedah yang diguna pakai oleh negara-negara maju. Apabila kaedah yang baharu telah dikenal pasti, satu pengumuman akan dibuat dengan kadar segera.

     

    Pengisytiharan harta senaraikan harta milik ahli MMKN sendiri, bersama keluarga terdekat  (immediate family) iaitu suami/isteri dan anak sampai umur 18 tahun dan tidak mengambil kira harta yang dimiliki oleh rakan kongsi.

  4. d) Senaraikan jumlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk setiap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Negeri Selangor bagi tahun 2008 dan 2009?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Jun 2009 telah menolak soalan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.