Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
67) URUSAN SISA SAMPAH DI KAWASAN INDUSTRI IJOK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah perusahaan di kawasan industri Ijok diwajibkan menandatangani perjanjian dengan syarikat KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Berhad) untuk menguruskan sisa sampah industri mereka sebagai syarat untuk mendapat lesen beroperasi?
Setiap aktiviti kilang dan industri yang dijalankan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dikehendaki melantik syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. sebagai kontraktor yang menguruskan sisa industri tidak berjadual.
Perkara ini menjadi keperluan pihak Majlis bagi memastikan setiap sisa industri tidak berjadual dilupuskan dengan cara yang betul di tempat yang berdaftar.