Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

148) URUS NIAGA KOPERASI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan skop urus niaga Koperasi milik Kerajaan Negeri. Berapakah jangkaan untung rugi koperasi tersebut?

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri tiada memiliki sebarang Koperasi. Koperasi ialah
    pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk
    meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti
    koperasi seperti bidang-bidang kredit, pengguna, perumahan, pembangunan tanah,
    perbankan dan insurans.
    Di peringkat Kerajaan Negeri, bidang-bidang tersebut dilaksanakan melalui
    penubuhan anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC), Yayasan, Badan Berkanun dan
    Special Purposed Vehicle (SPV).

Lampiran

Tiada Lampiran.