Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

259) UPTOWN SEKSYEN 24 SHAH ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini pembinaan bangunan perlaksanaan Uptown Shah Alam ?

    Sukacita dimaklumkan bahawa pembinaan bangunan sementara Blok B, Uptown Seksyen 24, Shah Alam telah sempurna pada 31 Mei 2015 dan peniaga-peniaga telah mula beroperasi seperti biasa mulai 1 Jun 2015.

  2. Siapakah sekarang ini menguruskan dan menyelenggara Uptown Shah Alam ini, nyatakan syarikat tersebut?

    Mulai Januari 2015, Pengurusan Uptown Seksyen 24, Shah Alam diuruskan oleh Unit Pembangunan Usahawan, Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dengan dibantu oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan mulai 1 Ogos 2015, Kerajaan Negeri telah meluluskan PKNS untuk mengambil alih dan menguruskan Uptown Seksyen 24, Shah Alam.

  3. Pihak atau syarikat mana yang diberikan kuasa untuk mengutip fee parking di sepanjang jalan di luar Uptown tersebut?

    Pihak Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan apa-apa permit, kebenaran, melantik ataupun memberi kuasa kepada mana-mana syarikat untuk membuat kutipan fee parking di sepanjang jalan di luar Uptown Seksyen 24, Shah Alam. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri peka dan mengambil maklum akan perkara tersebut dan pada 3 Julai 2015, pihak Kerajaan Negeri telah menghantar surat makluman kepada pihak Polis berhubung kewujudan aktiviti kutipan bayaran meletak kenderaan secara haram di pesisir jalan Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Surat tersebut juga memohon pihak Polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.