Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
186) UPTOWN SEKSYEN 24
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana usaha membaik pulih telah dilaksanakan?
Uptown Seksyen 24, Shah Alam telah terbakar pada 15 Oktober 2015. Mulai daripada tarikh tersebut kerja-kerja membaikpulih telah giat dijalankan iaitu pembersihan sisa kebakaran oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan pematuhan kepada arahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri. Kerja-kerja pematuhan kepada arahan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu pembinaan laluan masuk bomba, ruang bebas dan membuka halangan telah sempurna pada 24 Disember 2014. Manakala kerja-kerja pembinaan semula Blok B yang telah terbakar telah mencecah 70% iaitu “marquee tent” telah sempurna dibina dan kini hanya tinggal kerja-kerja pepasangan “partition” dan pendawaian elektrik.
-
Berapakah hasil kutipan yang diperolehi oleh pihak kerajaan dan oleh pihak pengurusan dari aktiviti di Uptown ini semenjak diwujudkan?
Kompleks Muhibbah Seksyen 24, Shah Alam yang dahulunya diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam mula diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor (UPEN) dan dijadikan sebagai Uptown pada bulan Mei Mulai dari bulan Mei 2006 hingga bulan Disember 2011, bayaran yang dikenakan terhadap pengurusan Uptown adalah sebanyak RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) sebulan dan mulai bulan Februari 2012, bayaran yang dikenakan kepada pengurusan Uptown telah dinaikkan dari RM5,000.00 sebulan kepada RM7,000.00 sebulan. Berpandukan daripada kadar tersebut, hasil kutipan yang diperolehi oleh pihak Kerajaan Negeri sehingga sebelum berlakunya kebakaran adalah sebanyak RM569,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Enam Puluh Sembilan Ribu Sahaja).
BIL. KADAR (RM) BIL. BULAN
JUMLAH (RM) 1. 5,000.00 69 345,000.00 2. 7,000.00 32 224,000.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM) 101 569,000.00 Berpandukan kepada dokumen perjanjian Uptown Seksyen 24, Shah Alam anggaran pendapatan pihak pengurusan Uptown sebulan sebelum ditolak kos operasi seperti bil elektrik, bil air, lesen perniagaan berkelompok dan lain-lain adalah sebanyak RM9,756,600.00 (Ringgit Malaysia : Sembilan Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Enam Ribu Enam Ratus Sahaja).
BIL KADAR SEWAAN (RM) BIL.LOT BULAN JUMLAH (RM) 1. LOT KERING RM300.00
292 101 8,847,600.00 2. KEDAI MAKAN RM500.00
18 101 909,000.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM) 9,756,600.00 -
Berapakah pula perbelanjaan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada Uptown S24 selama ini?
Kos pengurusan dan operasi Uptown Seksyen 24, Shah Alam di tanggung dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Pengurusan Uptown Seksyen 24, Shah Alam melalui kutipan sewaan bulanan daripada peniaga. Kerajaan Negeri tidak memperuntukan sebarang peruntukan untuk Uptown Seksyen 24, Shah Alam sebelum ini kecuali setelah berlakunya kebakaran yang mana Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM3,133,750.00 untuk kerja-kerja membaikpulih semula Uptown Seksyen 24, Shah Alam selepas daripada kebakaran. Pecahan peruntukan tersebut iaitu:-
BIL PERKARA JUMLAH (RM) 1. Alat Pemadam Api RM123,750.00 2. Laluan Bomba dan Bebas Rintangan RM95,000.00 3. Marquee Tent RM2,680,000.00 4. Sistem Pemadam Api RM235,000.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM3,133,750.00