Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
232) UNIVERSITI TVET DI UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Universiti Selangor (UNISEL) telah pun diuar-uarkan akan menjadi universiti TVET dalam pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2024 tahun lalu. Sejauh manakah pelaksanaan cadangan tersebut sehingga kini?
Unisel melalui Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat telah mengemukakan cadangan bagi pelaksanaan inisiatif berkaitan TVET. Inisiatif yang dikenali sebagai TVET@Unisel ini mempunyai objektif untuk mewujudkan satu ekosistem yang bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran berteraskan inovasi, tetapi juga berkemampuan memacu minda muda Selangor ke arah pengembangan ekonomi Industri Inovatif negeri Selangor .
Inisiatif Universiti Selangor (UNISEL) ini dijangka akan memainkan peranan penting dalam memacu inovasi industri melalui pelbagai inisiatif TVET, yang tertumpu kepada 12 komponen pemacu dan 6 bidang tumpuan berimpak, yang mana akan memberi manfaat langsung kepada masyarakat. Dengan memberi tumpuan kepada 12 inisiatif TVET seperti yang dicadangkan ini, UNISEL mampu menyumbang secara berkesan untuk memacu inovasi dalam industri sambil memenuhi misinya, di dalam menyediakan pendidikan berkualiti serta memenuhi keperluan masyarakat setempat. Usaha ini mampu memupuk ekosistem inovasi yang lebih dinamik dan inklusif, yang mana memupuk pembangunan bakat, penciptaan pengetahuan dan pertumbuhan ekonomi.
12 Komponen Pemacu TVET@Unisel
● Program Mobiliti ● Kolaborasi Universiti Antarabangsa
● Kolaborasi Syarikat Berkepentingan
● Pengalaman Latihan Industri
● Penajaan Pelajar
● Pembelajaran Digital
● Latihan Tenaga Pengajar ● Kemudahan Pembelajaran
● Bidang Berimpak Tinggi
● E-dagang
● Menaiktaraf Makmal Pengajaran
● Kepelbagaian Tahap Program TVET
6 Bidang Tumpuan Berimpak TVET@Unisel
● Advance Manufacturing and Rapid Prototyping ● Drone and Flight Operations
● Agrotechnology and Environmental Sustainability
● Artificial Intelligence and IoT ● Food Technology and Halal Products
● E-Commerce and Entrepreneurship
12 Inisiatif TVET@Unisel
● Unisel Mobility Program ● Asasi Tvet (Foundation Tvet)
● Program Penajaan Pelajar Tvet
● Program Latihan Industri Tvet
● Pembangunan Program Licensed Aircraft Engineer Program (B1.1 Aeroplane Turbine)
● Program Latihan Belia Agromakanan
● Program Pemberdayaan Digital Selangor
● Electric Vehicle (Ev) Technician Training Program ● Pembangunan Advance Diploma In Flight Simulation Training: Single Engine Fixed Wing Aircraft
● Certified User Programmer For Ar/Vr Course
● Pembangunan Drone Operation For Aerial Photography, Videography And Monitoring
● Pendaftaran Pusat Bertauliah Dibawah Jpk
Graduan yang akan dilahirkan melalui inisiatif TVET@UNISEL juga dijangka memainkan peranan penting dalam memperbesarkan saiz industri Malaysia. Kemampuan mereka untuk berfikir secara kritis dan mencipta inovasi baru bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti dan keberkesanan operasi industri, tetapi juga membuka peluang bagi penciptaan produk dan perkhidmatan baru yang berasaskan teknologi.
-
Berapakah jumlah kos yang terlibat untuk melaksanakan cadangan tersebut?
Keupayaan Universiti Selangor (UNISEL) untuk melaksanakan TVET yang memacu inovasi bergantung kepada faktor utama seperti, pembangunan kepakaran, infrastruktur, dan program yang relevan dan berkualiti. Sebagai institusi yang berpengalaman dalam pembangunan kurikulum; daripada tahap sijil professional, diploma, sarjana muda dan hingga ke pasca-siswazah, Unisel merupakan satu-satunya institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri yang mampu untuk menjalankan program TVET ini dengan jayanya. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan cadangan inisiatif yang dikemukakan oleh Unisel ini memerlukan peruntukan dari kerajaan negeri sebanyak Empat Belas Juta, Lima Ratus Empat Puluh Enam Ribu Ringgit Malaysia (RM14,546,000).