Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

146) UNIVERSITI SUKAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan jangka panjang kerajaan terhadap sektor sukan?

    Kerajaan Negeri Selangor telah mempunyai perancangan jangka panjang dalam sektor sukan kerana Selangor sedang menuju kepada menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai komersial, mampan dan lestari kerana ianya memberi impak yang positif kepada ekonomi di negeri Selangor khususnya dan negara amnya.

     

    Sektor sukan di Selangor ini secara tidak langsung telah menjadi satu industri kerana komponen – komponen industri sukan itu sendiri telah wujud di Selangor. Komponen industri sukan adalah terdiri daripada produk dan barangan sukan, kemudahan dan prasarana sukan yang banyak seperti kompleks sukan di setiap daerah termasuk stadium – stadium di setiap daerah, pelancongan sukan seperti sukan golf, sukan larian (marathon, half-marathon, triatlon), sukan berbasikal yang mempunyai daya tarikan minat tersendiri.

     

    Selain daripada itu juga, di Selangor ini terdapat penganjuran acara sukan bukan sahaja peringkat daerah, malah ianya telah diadakan acara sukan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa seperti acara PJ Marathon, Tour De Selangor (berbasikal), Asian Golf Tour dan banyak lagi penganjuran acara yang diadakan di Selangor. Sukan – sukan ini atau penganjuran ini mempunyai nilai komersialnya dan seperti bola sepak, golf, ragbi, e-sport, bola keranjang, berbasikal, badminton dan sukan permotoran.

     

    Majlis Sukan Negeri Selangor merupakan satu organisasi yang terlibat secara langsung dalam komponen lain dalam industri sukan iaitu bertanggungjawab dalam menguruskan hal berkaitan pembangunan sukan, kejurulatihan sukan, kesihatan dan kecergasan, sukan profesional termasuk perubatan sukan.

     

    Terkini, kerajaan negeri juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan litar lumba di Hulu Selangor, mewujudkan Selangor Sport City di Shah Alam dan mengenalpasti infrastruktur yang perlu dibaikpulih di kawasan DUN di sekitar Selangor.

     

  2. Adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan satu universiti atau institut sukan untuk melatih dan memberi platform bagi menghasilkan lagi ramai bakat dalam bidang sukan?

    Kerajaan Negeri Selangor berhasrat menubuhkan sebuah universiti sukan atau institut sebagai satu platfom bagi semua penggiat sukan berprestasi tinggi di Selangor. Universiti sukan yang julung ini akan ditubuhkan adalah selaras dengan kemajuan dan untuk mempertingkatkan lagi industri sukan di Selangor.

     

    Selain daripada itu, kerajaan negeri mengambil langkah seterusnya setelah pengumuman dari Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang bermesyuarat pada 28 Oktober 2021 di Kementerian Belia dan Sukan, Putrayaja yang telah memutuskan bahawa penganjuran SUKMA yang bermula pada 2024 akan hanya disertai oleh atlet yang berumur 17 tahun ke atas bagi sukan yang had umur maksima 21 tahun.

     

    Berdasarkan keputusan ini pihak Kerajaan Negeri Selangor berpendapat sudah tiba masanya untuk Negeri Selangor menjadi negeri yang pertama untuk menubuhkan universiti atau institut sukan bagi memberi penumpuan kepada golongan atlet yang berusia 17 tahun ke atas.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.