Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

215) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan bagi membantu pelajar UNISEL yang terkesan dalam tempoh pelaksanaan PKP?

    Sepanjang tempoh PKP dan PPN Fasa 1 bagi tahun 2021, Kerajaan Negeri telah melaksanakan dua bantuan khusus kepada pelajar Unisel :

    (i)         Program Bantuan Mahasiswa Selangor – 70 kotak makanan

    Bantuan ini berbentuk makanan dan keperluan asas yang diberi kepada mahasiswa-mahasiswa anak Selangor. Sejumlah 70 kotak makanan telah diedarkan pada 30 Jun 2021 kepada para pelajar Unisel yang berasal dari Selangor dan menginap di Kolej Kediaman Unisel, Kampus Bestari Jaya.

    (ii)        Pendaftaran Daftar Internet Selangor (DIS).

    Kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah memulakan inisiatif data internet percuma kepada para pelajar Unisel menerusi inisiatif Data Internet Selangor (DIS). Selama 12 bulan, penerima dalam kalangan pelajar Unisel yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan. Pendaftaran bermula pada bulan Ogos 2021 dan dijangka kesemua pemohon akan menikmati inisiatif ini menjelang bulan Oktober 2021. Sejumlah 4,300 pelajar Unisel akan menikmati inisiatif ini dan tentunya akan mengurangkan beban pelajar yang sebahagian besar perlu melaksanakan pengajian secara dalam talian di kediaman masing-masing sepanjang tempoh PKP dan PPN.

    (iii)     Sewaktu PKP 1.0, kerajaan negeri Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)  telah menyalurkan bantuan kepada pelajar Unisel serta para petugas dalam kalangan kakitangan yang bertugas menjaga kebajikan para pelajar sepanjang tempoh PKP dan PKPB. Bantuan yang disalurkan turut merangkumi         pelajar yang tinggal di sekitar kampus Unisel yang terputus akses makanan seharian. Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan untuk Unisel adalah RM58,640.

    Bagi peringkat dalaman Unisel, sebaik sahaja WHO mengisytiharkan bahawa wabak COVID-19 telah sampai ke peringkat pendamik pada 11 Mac 2020, Unisel telah melaksanakan pelbagai langkah menyeluruh bagi membantu pelajar Unisel yang terkesan dengan PKPK. Usaha berkenaan diteruskan dan ditambahbaik apabila PKP diteruskan pada tahun 2021. Antara inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan sepanjang PKP adalah:

    Lapan inisiatif umum yang telah dimulakan dan terus dilaksanakan oleh Unisel sepanjang tempoh PKP 2.0 :

     

    • Penubuhan Jawatankuasa berkaitan kebajikan pelajar di peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada 17 Mac 2020. Jawatankuasa ini bertanggungjawab memastikan kebajikan dan keselamatan semua pelajar.
    • Menyediakan pasukan sokongan di kedua-dua asrama yang terdiri dari para pegawai HEP dan felo Kolej Kediaman. Ini bagi memastikan kebajikan pelajar terjamin. Ini termasuk sokongan kaunseling dalam talian dan perkhidmatan bantuan di lapangan bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah. Pasukan khas kaunseling dengan diketuai oleh Ketua Kaunselor dan dibantu 5 kaunselor bertauliah turut beroperasi bagi membantu isu berkaitan psikologi dalam kalangan staf dan pelajar sewaktu dalam pendemik.
    • Mengetatkan kawalan keluar-masuk kampus-kampus Unisel bagi menghadkan pergerakan komuniti dalam kampus dan sekitar dalam usaha mengurangkan risiko. Usaha ini diperincikan menerusi pelaksanaan ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS) dengan kerjasama SELCARE. Unisel merupakan institusi pengajian tinggi pertama yang melaksanakan sistem POSI@University.
    • Pada peringkat awal PKP1.0, Unisel menyediakan bantuan makanan dengan kerjasama Menteri Besar (Pemerbadanan) bagi komuniti pelajar, kakitangan dan keluarga yang mendiami kolej residen kampus Bestari Jaya dan Shah Alam sepanjang tempoh Perintah Larangan Pergerakan. Sejumlah 80 pelajar dan komuniti Unisel yang bertugas di dalam kampus Unisel Bestari Jaya mula menerima bantuan makanan di bawah Pakej Ransangan Selangor Prihatin Menangani Kesan Covid 19 (Program Makanan Percuma kepada Mahasiswa Unisel).
    • Pejabat Pendaftar Unisel menerusi Pejabat Antarabangsa Unisel memantau secara harian keberadaan pelajar antarabangsa menerusi borang atas talian berkaitan keberadaan mereka sama ada di dalam atau di luar negara. Ini juga bagi memastikan kebajikan pelajar antarabangsa turut diambil perhatian.
    • Unisel turut mewujudkan 6 Zon (Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak) bagi membantu para pelajar yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing oleh kerajaan sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
    • Pusat Pembelajaran Digital dan Multimedia Unisel (PPDM) dan Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) turut membuka ‘virtual office” atau pejabat maya bagi membantu pelajar yang perlu melaksanakan proses pembelajaran secara atas talian sepanjang Semester April 2020.
    • Pihak BHEA dan PPDM telah memulakan pelan tindakan sejak Februari 2020 menerusi JK Khas di bawah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Jaringan Industri) untuk menjalankan kelas secara atas talian secara sepenuhnya. Pelan tindakan ini berkuatkuasa pada 19 Mac 2020 bagi pengendalian kuliah semester baru yang akan bermula pada 6 April 2020. Pelaksanaan kuliah menerusi atas talian adalah di portal e-learning Unisel yang turut dilengkapkan dengan aplikasi Big Blue Button (http:owc.unisel.edu.my/b/) dan Google Meet

     

    INISIATIF BANTUAN KEWANGAN DALAMAN UNISEL

    Unisel sentiasa peka dengan cabaran yang dihadapi oleh pelajar yang terkesan dengan pandemik terutama sepanjang PKP 3.0. Pelbagai inisiatif dalaman telah dan sedang dilaksanakan oleh Unisel bagi mengurangkan beban pelajar Unisel dan ibubapa mereka. Ringkasan inisiatif dalam berkaitan bantuan kewangan yang dilaksanakan oleh Unisel bagi membantu pelajar adalah seperti butiran berikut:

     

    Subsidi Yuran Kemasukan (Pelajar Baru)

          (i)   Selaras dengan usaha Unisel memberi ruang seluasnya kepada bakal     pelajar tanpa terbeban dengan yuran pendaftaran yang tinggi, yuran   kemasukan telah diturunkan dengan kadar sangat minima.

    (ii)  Kadar yuran ini adalah untuk semua pelajar baru yang sepatutnya perlu               membayar yuran kemasukan berjumlah RM585.00 yang merangkumi          yuran berikut:

     

    (a)       Yuran Pendaftaran : RM100.00

    (b)       Yuran Semester : RM135.00 (Semester Pendek) / RM250                                                       (Semester Panjang)

     

    (iii) Sepanjang PKP, Unisel telah memberi subsidi pengurangan yuran            pendaftaran / semester dalam tempoh pandemik dalam usaha    mengurangkan beban pelajar. Pelajar baru hanya perlu mebayar    RM100.00 sahaja.

     

    Bil Ambilan Pelajar Baru ISM/Diploma Subsidi Unisel/pelajar Jumlah
    1. April 2020 534 RM250.00 133,500.00
    2. Ogos 2020 1,293 RM250.00 323,250.00
    3. November 2020 467 RM135.00 63,045.00
    4. April 2021  

    424

     

    RM250.00

    106,000.00
    KESELURUHAN 625,795.00

     

    (iv) Bagi ambilan Semester Julai dan Ogos 2021, Unisel meneruskan inisiatif             untuk menampung subsidi yuran pendaftaran bagi mengurangkan beban     para pelajar baru yang bakal mendaftar. Pelajar hanya perlu membayar    yuran kemasukan berjumlah RM100.00 sahaja.

     

    Penyambungan Tawaran Skim Dermasiswa Program Asas

     

    • Skim Dermasiswa menawarkan yuran pendaftaran dan yuran pengajian percuma bagi pelajar di peringkat Program Asas.
    • Sejak skim-skim pengajian percuma peringkat Program Asas diperkenalkan bermula kemasukan Mei 2016, sejumlah 1,196 telah menjadi penerima dan telah menamatkan pengajian di peringkat Program Asas.
    • Perincian kos tajaan dermasiswa untuk setiap pelajar adalah seperti butiran berikut:

     

    Bil Makluman Jumlah
    1 Yuran Pengajian maksimum RM8,040.00
    2 Kos Pengurusan  termasuk yuran pendaftaran semester, insuran pelajar RM2,750.00
    Keseluruhan RM12,000.00

     

    • Sepanjang tempoh PKP, Unisel telah menaja 441 pelajar berkenaan dengan komitmen berjumlah RM5,292,000.00.

     

    Biasiswa Bestari

     

    • Biasiswa Bestari Unisel bermula pada 2019 dengan penawaran kepada 2 DUN iaitu Permatang dan Ijok. Ia kemudiannya dikembangkan kepada 14 DUN terpilih pada tahun 2020 bagi program Diploma dan Sarjana Muda.
    • Biasiswa ini diperluaskan kepada kesemua 56 DUN bagi ambilan Ogos 2021 dengan slot maksimum 560 pelajar yang mana Unisel menaja RM1,680,000.00
    • Skim ini adalah atas hasrat menguruangkan beban pelajar terutama sepanjang tempoh PKP. Semua pemohon ditawarkan yuran pengajian percuma kepada para pelajar baru bagi kemasukan semester pertama dengan tumpuan 23 program kritikal.

     

    (v)        Kesemua pemohon yang bermastautin / bersekolah di Selangor adalah                            layak   untuk menikmati skim ini dengan syarat mendapat      pengesahan                                     dari Pejabat Khidmat Ahli Dewan Negeri berkenaan.

     

    (vi)       Jumlah bantuan Unisel menerusi skim ini adalah seperti ringkasan berikut :

     

     

    Bil Makluman Jumlah Penerima PKP 2020 Jumlah Tajaan (RM)
    1 Biasiswa Bestari 2020– ambilan PKP 1.0 & 2.0 53 91,051.00
    2 Biasiswa Bestari ambilan PKP 3.0 150 750,000.00
    Keseluruhan 203 91,051.00

     

    Unit Bantuan Zakat Unisel

     

    • Unit Bantuan Zakat Unisel telah menawarkan bantuan-bantuan khusus kepada semua pelajar Unisel yang memerlukan terutama yang tidak mendapat bantuan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Inisiatif ini adalah bagi membantu pelajar yang terkesan berhadapan dengan pandemik Covid-19.

     

    (ii)        Kategori bantuan adalah berdasarkan makluman berikut :

    • Bantuan Makanan Percuma – bantuan makanan harian percuma              sepanjang semester setiap hari berjumlah RM13 sehari (RM3 sarapan/ RM 5 tengahari/ RM5 malam)
    • Bantuan Yuran Tertunggak
    • Bantuan Wang Saku
    • Bantuan Kecemasan

     

    (iii)       Ringkasan jumlah penerima mengikut fakulti adalah seperti butiran berikut:

     

    Bil Fakulti Bil Pelajar 2020 Bil Pelajar (Feb 2021)
    1 CFGS 5 2
    2 FCVAC 38 2
    3. FESS 112 19
    4. FKSH 29 15
    5. FSK 5 4
    6. FBA 66 62
    TOTAL 253,795.20 76,484.23
    330,279.43

     

          Pengurangan Yuran Kolej Kediaman (Pandemik)                      

    (i)         Selaras dengan usaha Unisel mengurangkan beban para pelajar dalam                                 berhadapan dengan kesan pandemik, Unisel telah memberi subsidi                                         bayaran yuran Kolej Kediaman bagi semua pelajar yang menginap di                                                 asrama bagi       Semester April 2021

    (ii)        Yuran penginapan telah dikurangkan dari RM150.00 sebulan kepada                                     RM130.00 dengan Unisel memberi subsidi bulanan berjumlah RM20.00.

    (iii)       Sejumlah 180 pelajar menerima faedah ini pada semester April dengan                                  Unisel  memberi subsidi berjumlah RM7,200.00.

     

          Skim Bantuan bagi OKU dan Keperluan Khas – Unisel Cakna OKU

           (i)         Unisel turut memperkenalkan Skim Unisel Cakna OKU yang menawarkan                              program Asas percuma, yuran khas,  kemasukan fleksibel dan                                       keistimewaan Biasiswa Bestari kepada pelajar kategori OKU                                                dan pelajar yang dating dari ketua keluarga OKU.

    (ii)        Usaha ini juga selaras dengan usaha Unisel mengurangkan beban                                         keluarga OKU dalam berhadapan dengan kesan PKP.

    (iii)       Sejumlah 25 pelajar akan menerima faedah ini pada semester Ogos 2021  dengan Unisel memberi subsidi berjumlah RM125,000.00.

               

     

    Secara keseluruhan, jumlah bantuan dalaman yang dilaksanakan oleh Unisel bagi membantu pelajar sepanjang tempoh PKP adalah RM 7,221,325.00. Perincian adalah seperti ringkasan berikut :

     

    Bil Tajaan Jumlah
    1 Subsidi Yuran Pendaftaran Pelajar Baru 625,795.00
    2 Dermasiswa 5,292,000.00
    3. Biasiswa Bestari Unisel 841,051.00
    4. Bantuan Zakat Unisel 330,279.43
    5. Pengurangan Yuran Kolej Kediaman (Pandemik) 7,200.00
    6. Unisel Cakna OKU 125,000.00
    KESELURUHAN 7,221,325.00
  2. Berapakah jumlah peruntukan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) yang telah disalurkan kepada pelajar UNISEL sejak diumumkan?

    Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Selangor semasa pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2021. Program ini adalah salah satu usaha mengurangkan beban kewangan ibubapa yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Selain itu, ia juga dihasratkan bagi menarik minat serta menggalakkan pelajar untuk melanjutkan pengajian di Unisel.

    Fokus utama bantuan adalah untuk warga Selangor terutama dalam kategori B-40. Bantuan ini merangkumi pembayaran yuran-yuran  asas Unisel kepada para pelajar yang layak dengan nilai keseluruhan berjumlah RM500.00 setiap seorang.

    Setakat ini, belum ada peruntukan disalurkan kepada pelajar Unisel. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab melaksanakan program ini sedang berurusan dengan Unisel dan surat arahan dan tatacara pelaksanaan telah dihantar pada 11 Ogos 2021. Urusan permohonan pelajar yang layak hanya akan ditutup pada 10 September 2021. Adalah dijangka sekitar 2,500 pelajar Unisel akan menikmati bantuan ini dengan nilai bantuan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,250,000.00.

  3. Apakah bentuk bantuan kepada UNISEL bagi menghadapi masalah kewangan akibat PKP?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor (KNS) tiada memberikan bantuan khusus untuk UNISEl menghadapi PKP.  KNS sangat prihatin dan sedar bahawa UNISEL memerlukan bantuan bagi menghadapi PKP dan KNS akan memberikan bantuan kewangan sewajarnya.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.