Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
68) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk penyelesaian pengambilalihan konsesi Syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd.?
Tiada pengambilalihan konsesi berlaku. Kontrak konsesi di antara Universiti Selangor (UNISEL) dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) telah ditamatkan oleh UNISEL dan tindakan UNISEL untuk menamatkan kontrak konsesi tersebut telah dipertikaikan kesahannya oleh JNSB.
Bagi menyelesaikan pertikaian tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan penyelesaian pertikaian ke atas penamatan perjanjian konsesi pada 7hb Jun 2017 di mana penyelesaian tersebut adalah yang paling efisien dari segi masa, kos dan risiko kepada pihak Kerajaan Negeri dan UNISEL, terutamanya demi menjaga kepentingan para pelajar.
-
Berapakah jumlah kewangan yang terlibat dalam proses pengambilalihan tersebut?
Jumlah penyelesaian pertikaian bagi penamatan perjanjian konsesi di antara UNISEL dengan JNSB adalah sebanyak RM71.7
-
Apakah sumber pembiayaan penyelesaian pengambilalihan konsesi tersebut?
Penyelesaian pertikaian ke atas penamatan perjanjian konsesi tersebut adalah ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).