Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

144) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah terkini pelajar UNISEL mengikut fakulti?

    Jumlah terkini pelajar UNISEL mengikut fakulti adalah seperti berikut :

     

    FAKULTI BILANGAN PELAJAR
    Selangor Business School 26
    Pusat Pengajian Asasi & Umum 595
    Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Perkomputeran 1773
    Fakulti Pendidikan & Sains Sosial 3316
    Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat 1500
    Fakulti Perniagaan & Perakaunan 4118
    JUMLAH 11328
  2. Berapakah kos operasi UNISEL setahun berbanding jumlah pendapatan?

    Bagi tahun 2018, Jumlah Pendapatan Keseluruhan adalah sebanyak RM111 juta berbanding Kos Operasi berjumlah RM109 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.