Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
158) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi kewangan UNISEL pada masa kini?
- Butiran bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 (Belum Audit) :
Prestasi kewangan universiti bergantung kepada bilangan pelajar yang mendaftar. Pendapatan dari yuran pengajian dan kolej kediaman menjadi sumber utama pembiayaan operasi Unisel. Unisel sentiasa mencuba untuk menambahkan bilangan pelajar mendaftar pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, seiring dengan situasi pasca Covid 19, faktor kewangan turut menjadi halangan para belia bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan penurunan bilangan pelajar ini bukan sahaja menjadi masalah Unisel, tetapi turut dihadapi oleh IPTS yang lain. Pada masa yang sama, usaha-usaha penjimatan tetap diteruskan bagi menampung kos operasi universiti.
Perolehan / Pendapatan
(RM)
Keuntungan/(Kerugian) sebelum cukai
(RM)
83,032,015
(20,853,432.62)
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan kewangan UNISEL kukuh dan memberi manfaat kepada pelajarnya?
UNISEL masih meneruskan penajaan kepada pelajar nya melalui sumbangan Dermasiswa kepada pelajar-pelajar Program asasi yang tertakluk kepada terma dan syarat.
Kerajaan Negeri bersama syarikat induknya Pemerbadanan Menteri Besar Selangor akan sentiasa memberikan komitmen dalam memastikan Operasi dan kemudahan pembelajaran dalam keadaan yang terbaik.
Sebagai contoh, bagi Tahun 2022, butiran pemberian geran oleh Kerajaan Negeri kepada UNISEL adalah seperti berikut :-
- Peruntukan Digital ICT – RM455,932.29
- Menaiktaraf Rangkaian Internet – RM2,400,000.00
- Iftar Ramadhan Perdana – RM86,338.50
- Pembiayaan Operasi – RM2 Juta
- Kursi Siddiq Fadzil – RM991,200.00
- Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) – RM1 Juta
- Pembangunan Makmal Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat – RM1,476,052.00