Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

20) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah graduan UNISEL dari tahun 2018 sehingga kini mengikut kursus pengajian?

    Jumlah graduan UNISEL dari tahun 2018 sehingga tahun 2021 adalah seperti berikut:

    BIL PROGRAM PENGAJIAN 2018 2019 2020 2021
    1 PENGAJIAN TAHUN ASAS 323 306 307 262
    2 DIPLOMA 1071 1260 780 1221
    3. IJAZAH SARJANA MUDA 1576 1659 968 1597
    4. SARJANA 23 30 15 24
    5. Ph.D/ DOKTOR FALSAFAH 13 25 5 26
      JUMLAH 3006 3280 2075 3130
  2. Berapakah jumlah graduan yang masih belum berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 1 tahun menamatkan pengajian?

    Berdasarkan Kajian Pengesahan Graduan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) peratus kebolehpasaran graduan UNISEL adalah sebanyak 90.5%. Pecahan mengikut fakulti adalah seperti berikut:

    Manakala graduan yang masih belum berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 1 tahun menamatkan pengajian adalah seramai 245 orang atau 9.5% graduan.

    Peratus Kebolehpasaran Graduan (KG) mengikut fakulti
    FAKULTI Kebolehpasaran Graduan Peratus

    (%)

     
    1 Fakulti Perniagaan dan Perakaunan 755/909 83  
    2 Fakulti Pendidikan & Sains Sosial 838/915 91.6  
    3 Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran 417/421 99  
    4 Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat 179/182 98  
    5 Fakulti Sains Kesihatan 79/86 92  
    PERATUS KESELURUHAN KG (%)   90.5%  
  3. Apakah strategi Kerajaan Negeri bagi membantu graduan UNISEL untuk mendapatkan pekerjaan?

    Antara strategik Kerajaan Negeri dan MBI bagi membantu graduan UNISEL untuk mendapatkan pekerjaan adalah

    • Pendaftaran profile pekerjaan dan job matching untuk pelajar
    • Pemberian 300 percipio online bagi pelajar mengikuti kursus pembangunan diri dan kerjaya secara online selama 1 tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.